Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, akidah dan akhlak
Islam kini terbahagi dua dan tidak lagi dilihat di negara Islam
sebaliknya negara bukan Islam.
Beliau berkata, mengambil contoh isu
kemiskinan dan alam sekitar di negara ini, rakyat Malaysia tidak mencari
ulama, tetapi bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.
Arutchelvan dan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.
"Di dunia
Islam sekarang pertahan akidah beli kereta. Ertinya, akidah lain, akhlak
lain. Kita tak mahu orang mengatakan, nak melihat akhlak Islam kena
pergi England, nak melihat orang Islam pergi timur tengah.
"Kenapa misalnya, bila kita bercakap soal kemiskinan membela orang
miskin kita cari Arutchelvan, kenapa tak cari ulama, pensyarah
Universiti Malaya, kenapa soal membela alam sekitar kita cari Wong Tack,
kenapa tidak orang Islam," katanya dalam ceramah pertamanya di Kuala
Lumpur malam tadi selepas kalah dalam muktamar lalu.
Klip video ceramah ini turut dimuat naik ke laman sosial Facebook.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu tewas kepada bekas
penceramah Forum Perdana, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pemilihan
PAS di Kuala Selangor, awal bulan lalu.
Sehubungan itu, Mat Sabu berkata, perjuangannya hari ini adalah untuk mengembalikan akidah dan akhlak umat Islam.
"Kita bercakap syariat, bercakap hudud, kaya miskin paling ketara di
Pakistan, negara Arab. Sedangkan agama kita amat menitik beratkan soal
keadilan sosial.
"Sebab itu perjuangan abang Mat, bersama kita
semua, kita perjuangkan akidah dan akhlak. Barulah orang Islam boleh
pimpin dunia semula," katanya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin
sekitar 300 orang.
Mat Sabu sebelum ini dilaporkan berkata,
pihaknya menduga sesuatu akan berlaku selepas berakhirnya muktamar
tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini, berdasarkan beberapa perkara yang
disifatkannya pelik berlaku sebelum dan semasa muktamar itu.
Bekas ahli Parlimen 3 penggal itu mendakwa turut berasa hairan mengapa
akhbar arus perdana, termasuk agensi berita negara seolah-olah campur
tangan menentukan kemenangan golongan konservatif dalam pemilihan parti
kali ini yang menyaksikan semua calon golongan profesional disingkirkan.
"Pertama kali Umno dilihat gembira dengan keputusan muktamar.
Saya orang lama dalam parti rasa pelik bin pelik bin pelik. Ada sesuatu
akan berlaku," katanya
"Hampir
seluruh alat propaganda Umno dan Barisan Nasional (BN) campur tangan
dalam urusan pemilihan PAS. TV3, Utusan Malaysia, Sinar Harian, boleh
dibaca dan difahami mereka mahu 'golongan ulama' menang.
"Bahkan
seminggu sebelum pemilihan, Bernama cuba memainkan peranan dan dilihat
cuba memihak kepada golongan yang dikatakan 'pro ulama',” katanya.
Mat Sabu berkata, beliau hairan melihat pimpinan parti terang-terangan
membuang undi berpandukan satu senarai nama yang membariskan semua
golongan ulama atau pro ulama. - themalaysianinsider.com
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment