Orang - orang professional gagal, mereka terlalu 'baik', terlalu 'bersangka baik', terlalu 'berforum',
mereka menyangka bahawa 'keintelektuelan' mereka diterima semua, diterima massa.
Mereka menyangka bahawa ustaz - ustaz muda tidak pandai dalam 'sailang - menyailang', mereka tidak menyediakan base yang kukuh.
Tidak masuk ke ceruk - ceruk kampung, lebih selesa bersilat di dewan himpunan cina, dengan melupakan crowd terbesar mereka, mereka menyangka dalam gerakan mereka, tidak ada politicking, mereka menyangka, pesaing mereka juga ikhlas,
Bersungutlah apa sekalipun, jauhnya gap antara professional dengan
massa mereka, hanya membuatkan ustaz - ustaz Arab akan lebih besar
kepala, kerana mereka telah menyusup masuk ke dalam pembuluh darah,
menjadi virus, mewabak, membarah, dalam usrah - usrah kampung / kampus,
dan menyebarkan kefahaman Islam yang sangat sectarian,
Terlalu tawaduk menunduk, rukuk menyembah, hanya membuatkan karisma mereka yang lebih menyerlah di luar, kelam di dalam.
Bakat professional tak mampu berfungsi dalam organisasi, kerana walak yang diternak selama ini telah membiak sebanyak - banyaknya, hingga memakan mereka (yang menternak walak - walak ini satu masa dulu) satu demi satu,'kebenaran yang tidak tersusun (terorganisasi) akan dikalahkan dengan kebatilan yang tersusun.' Imam Ali kaw.

0 comments:
Post a Comment