Home » » Tubuh Perunding Pulih Hubangan DAP , PAS

Tubuh Perunding Pulih Hubangan DAP , PAS

Oleh Mohd Sayuti Omar

Penganalisa politik tidak mudah untuk menerima hakikat hubungan tiga buah parti PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat telah hancur.

 Malahan ada pemerhati dan juga media pro Umno mengira apa yang berlaku itu suatu sandiwara. Saya mempunyai kebimbangan tersendiri mengenai nasib dan masa depan Pakatan Rakyat apabila melihat apa yang terjadi kini.

Justeru penting kalau diadakan usaha untuk membaikpulihkan Pakatan itu yang kini terburai bukan kerana prinsip dan dasar kualisi itu, tetapi hanya kerana salah faham beberapa kerap pemimpin sahaja

 Apakah tidak ada usaha untuk memulihkan Pakatan yang sudah menjadi harapan kepada rakyat itu? Sebenarnya rakyat menanti pancuan Pakatan pada PRU 14.

Saya rasa dalam hubungan atau pun pertikaian antara pemimpin PAS dengan DAP itu masih boleh diatasi, sekiranya kedua pihak mahu memulihkan hubungan itu. Untuk tujuan ini PAS dan DAP boleh melantik wakil kedua pihak untuk mencari titik temu semula.

Pemimpin yang hendak dilantik sebagai perundingan damai itu biarlah dari golongan veteran dan mereka memahami sepak terajang politik.

 Misalnya daripada PAS boleh dilantik Subky Latif, Daeng Sanusi Daeng Meriok dan Mustapa Ali.

Manakala dipihak DAP, orang seperti Dr Tan Seng Geok, Dr Chan Main Hn dan Lim Kit Siang boleh dilantik menjadi ahlinya.

Untuk perundingan menghubung semula PAS dengan DAP ini tidak boleh diserahkan kepada pemimpin muda yang terbawa-bawa dengan semangat kepuakan (asobiyah) atau pun putik dalam politik. Wassalam Mso.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.