Home » » Ust Suhaimi Kassim sanggah pembelaan Tuan Ibrahim terhadap Presiden Pas

Ust Suhaimi Kassim sanggah pembelaan Tuan Ibrahim terhadap Presiden Pas

Adalah Nabi SAW seorang yang sangat suka bermesyuarat dengan para Sahabatnya...

Apakah yang dimaksudkan dengan hadis ini?

Satu perkara yang kita kena ingat bahawa hukum syarak ini ada dua bahagian. Hablum minallah dan hablum minannas.

Hablum minallah itu tiada tolak ansurnya melain ia perlu dilaksanakan dengan pelbagai syaratnya. Keringanan diberikan dalam hal hal keuzuran. Dalam hal ini, tiada syura yang diperlukan.

Adapun dalam hal ehwal mentadbir manusia, syura ada sunnah TERPENTING Nabi SAW. Ia juga adalah perkara yang disuruh oleh Allah SWT:

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
🔹 Amalan syura di atas datang dalam bentuk fe'el Amar. Maknanya wajib (atau hampir kepada wajib)

Sifat meninggalkan syura adalah sifat diktator. Itulah amalan Firaun dan raja raja yang lain.... Meninggalkan (mengingkari) keputusan syura dalam hal ehwal manusia pula bertentangan dengan sunnah Nabi SAW spt keputusan berperang di luar dalam perang Uhud. Adakah pernah diriwayatkan di mana mana hadis, Nabi SAW mengingkari keputusan syura?

Di dalam perang, ketua dibenarkan menggunakan kuasa vetonya (diktator)  kerana tabiat perang itu memerlukan keputusan yang sangat cepat. Keadaan perang berbeza dengan keadaan pemerintahan.

Manusia apabila terlalu lama memegang kuasa, ia pasti akan rosak / menyeleweng / corrupt menggunakan kuasanya.... Kecuali yang beriman dan beramal soleh....

Dengan beberapa siri pelanggaran keputusan mesyuarat JKKP....  malah mengkhianati pula tahaluf siyasi di dalam masalah MB Selangor, adakah para alim ulama pas mahu menghalalkan perbuatan presiden dengan mengeluarkan alasan bahawa presiden adalah suatu institusi yang mempunyai keistimewaan tanpa had?

Mengqiaskan perbuatan presiden dengan Nabi SAW adalah satu qias ma'al fariq. Segala perbuatan Nabi yang tidak bersifat syura adalah berdasarkan 'wahyu terus' spt perjanjian hudaibiyah.

Mengapa para sahabat RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW seorang yang paling banyak bersyura? Jawapannya, realiti pada masa itu (dan sepanjang zaman), sudah menjadi tabiat diktator, mereka tidak suka bersyura di dalam hal ehwal hablum minannas.

Amalan institusi presiden adalah amalan barat.... Adakah TITM mahu mengaitkan amalan jahiliyah ini dengan sistem pemerintahan Islam?

Bagi ana, pandangan TITM itu tidak betul dari segi syaraknya dan juga dari sudut etikanya....

Wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.