Oleh MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki mengharapkan agar pimpinan
tertinggi dapat mengadakan pertemuan dengan pimpinan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang kini masih merupakan ahli parti itu.
Menurutnya, para pimpinan hendaklah bertemu dan berdialog dengan mereka agar dapat mendengar luahan dan sisi pandang daripada mulut mereka sendiri.
Kata beliau, pertemuan secara mahabbah adalah kaedah terbaik untuk menyelesai permasalahan dan mencari jalan penyelesaian berbanding tindakan terus menyerang antara satu sama lain.
"Kami berharap pimpinan dapat bertemu dengan pimpinan GHB yang bukan asing bagi PAS, mereka adalah bekas-bekas pimpinan tertinggi parti Islam ini.
"Tindakan melabel mereka-mereka itu dengan pelbagai gelaran negatif termasuklah pengkhianat, petualang, munafiq dan sebagainya bukanlah satu langkah bijak untuk mendamaikan," katanya kepadah Harakah 20 Julai lalu.
Mohd Misbahul menjelaskan, pimpinan PAS yang menyertai GHB tetap sahabat yang mungkin agak kecewa dengan situasi berlaku di dalam parti itu ketika ini, ia perlu dimuhasabahkan oleh semua pihak.
Ujarnya, semua pimpinan yang telah lama 'bergelumang' di dalam PAS itu perlu diberikan peranan untuk menguatkan parti, bukan hanya seorang dua sahaja.
"Mereka tetap sahabat kita semua yang agak kecewa dengan situasi yang berlaku, mereka hanya kurang sabar untuk tumbangkan Umno-BN.
"Semua ahli hendaklah bersabar dan berdoa agar pimpinan utama PAS mengambil langkah yang bijak bagi mengatasi isu ini," jelasnya lagi.
Sekiranya sememangnya mana-mana itu tidak diperlukan di dalam PAS dan boleh menimbulkan masalah kepada parti, beliau menyarankan agar mereka dibiarkan untuk menentukan jalan lain mengikut matlamat dan cita-cita politik masing-masing.
Tambahnya, ahli dan pendokong yang kekal di dalam PAS diharap dapat terus istiqamah di dalam perjuangan dan berusaha untuk tidak bersama-sama terbabit dalam konflik yang melanda.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment