Home » » Golongan profesional akan tinggal dalam sejarah parti ..

Golongan profesional akan tinggal dalam sejarah parti ..

Oleh Zin Mahmud 

Politik Golongan ulama akan menang dalam pemilihan PAS ini. Mana ada orang Melayu berani melawan ulama Ustaz Hadi akan menang. Tuan Ibrahim akan jadi timbalan. AJK Pusat akan semuanya dianggotai oleh ulama. Mat Sabu, engineer Khalid Samad, engineer Nizar Jamaluddin, Husam Musa dan Hatta Ramli tiada tempat dalam PAS baharu.

Seruan kerjasama kompak antara ulama dan profesional seperti dilaungkan oleh arwah Ustaz Fadzil Nor akan hanya tinggal dalam sejarah parti.

Sejak tiga tahun lalu golongan ulama telah bekerja secara tersusun untuk menyingkirkan golongan profesional dari peringkat cawangan lagi. Golongan profesional tidak berbuat apa apa Dapat Ustaz Ahmad Awang pun kebetulan.

PAS akan tinggalkan Pakatan Rakyat. PAS akan bersekutu dengan UMNO. Golongan profesional sudah tidak ada tempat dalam PAS.

Kalau aku ahli PAS, aku tentunya tergolong dalam golongan profesional. Walaupun aku bukan engineer atau loyar, tapi pastinya aku bukan ulama. Aku wartawan jadi aku tentu tergolong pada profesional.

Ulama sudah tidak mahukan kita. Kita ini jahil. Tak tahu hukum. Kita ini Erdogan. Kita ini Anwarinas. Barua DAP. Kita tidak ada tempat dalam PAS.

Lebih lebih lagi macam aku ini yang berlatarkan sosialis Tentu ulama tak sukakan aku. Sebab itu mereka sanggup memberi kemenangan pada UMNO daripada menyokong Dr Nasir Hashim yang sosialis di Kota Damansara. Walaupun Dr Nasir itu calon Pakatan Rakyat.

Aku masih ingat dulu arwah Ustaz Nik Aziz yang begitu toleran itupun telah menghalang Dr Husin Ali daripada bertanding di Kota Baru walaupun Dr Husin membawa partinya bersekutu dengan PAS sejak tahun 1986 lagi, semasa Anwar dalam UMNO dan Ku Li masih menjadi menteri.

Orang orang sosialis terdorong menyertai PAS pada awal 80-an adalah kerana PAS zaman Yusof Rawa mendokong Revolusi Iran yang menekankan soal pembelaan terhadap Mustadhaafin.

Ayatullah Khomeini menang kerana dokongan anak-anak muda sosialis yang menjadi Islamis kerana terpengaruh dengan pemikiran Ali Shariati. Aku pun begitu. Pelajar Melayu di UK yang menubuhkan Suara Islam pun begitu.

Sekembalinya ke tanahair mereka, antaranya Khalid Samad cuba menubuhkan Parti Negara Islam Malaysia, PNIM. Aku pun menyokong mereka. Masa itu PAS di bawah Datuk Asri. Tetapi mereka menyertai PAS apabila melihat PAS membuka ruang pada pemikiran revolusioner Islam dan golongan profesional.

Ketika aku pergi Harakah pada lewat 80-an, aku berjumpa Ishak Surin dan Hussein Yaacob. Mereka bukan ulama. Mereka adalah bekas sosialis dari Parti Rakyat dan Parti Marhaen yang menyertai PAS kerana percaya bahawa gerakan Islam akan memperjuangkan keadilan sosial.

Golongan profesional dalam PAS yang dipanggil Anwarinas bukan taksub penyokong Anwar. Kalau mereka taksub menyokong Anwar, tentu dulu mereka dalam UNNO dan kemudian Keadilan.
 Tetapi mereka orang PAS yang melihat kerjasama dengan Anwar adalah sejalan dengan perjuangan. Adakah mereka mahu mrngatakan arwah Ustaz Fadzil adalah seorang Anwarinas?

Sebaliknya golongan ulama lah kini yang bersekutu dengan UMNO. Lihatlah Ustaz Nasha hinggakan Ustaz Nik Aziz pun pernah marah.

Golongan ulama menamakan golongan profesional sebagai golongan Erdogan. Seolah olah Erdogan itu adalah sesat. Adakah yang betul ialah Erbakan?. Turki bukan Malaysia. Tetspi banyak yang Erdogan lakukan adalah perkara baik.

Tetapi kalau perwakilan PAS tidak mahu golongan profesional, maka kita harus terima keputusan itu dengan baik. Biarlah mereka memimpin parti. Kalau mereka tidak mahukan golongan profesional, faham faham sajalah. Angkat kaki dan tinggalkanlah parti. Banyak kerja bakti lain yang lebih manfaat dapat dilakukan di luar PAS. Aktiflah dalam NGO. Pasma ke atau lain lain NGO. Hendak tubuh parti Islam baharu yang lain pun apa salahnya.

Sudah mereka kata golongan profesional sebagai Erdogan. Ikut saja jejak Erdogan. Keluat Refah dan tubuh AK.

2 comments:

  1. molek juga golongan profisional tubuh parti baru disana ada ngo abim dan ikram dan duk dlm pr dan apa kata pasma didaftar sebagai parti dan biarlah pas join dgn umno dan jilat ludah sendiri. Lepas ni jgn harap selangor akan ada dun pas sebab Yg memenangkan dan beri undi pd pas adalah non muslim

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

My Blog List

Blog Archive

.