Oleh Mat Kuantum
1. Kekecewaan dengan PAS sebenarnya sudah lama. Sejak isu Unity
Government yang didedahkan oleh Pak Lah lagi. Itu satu hal. Hal yang
lain pula PAS memang pasif dalam mendepani isu-isu nasional seperti
ekonomi (GST, TPPA), dasar pendidikan yang caca merba, isu alam sekitar
(Lynas, Cyanide Raub), isu sains dan teknologi (solar cell, renewable
energy) dan macam-macam lagi. Lihat saja Hansard Parliament (boleh
download dan baca). Kegagalan PAS inilah menyebabkan
NGO tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan untuk menyelesaikan isu-isu
nasional seperti TFTN (pendidikan), Hijau (Lynas), The Kitchen Soup
(kemiskinan dan gelandangan).
2. Kemuncak kekecewaan ialah apabila PAS hilang identiti dan akhlaq
Islam dengan membiarkan perkara munkar dan fasad bermaharajalela seperti
bahasa kesat, fitnah dan label buruk kepada pimpinan progressive itu
sendiri. Bagaimana sebuah gerakan Islam tidak melaksanakan nahi munkar?
3. Dalam Pakatan Rakyat, PAS terlepas banyak peluang untuk membimbing.
DAP dan PKR lebih terkehadapan dalam isu isu nasional. Ini mungkin
berpunca dari kelalaian PAS dalam mengkaji isu-isu tersebut. PKR ada
research centre sendiri seperti Institut Kajian Dasar dan Institut
Rakyat, DAP mempunyai Penang Institut untuk merancang dasar-dasar dan
polisi berkenaan politik, ekonomi dan pendidikan. PAS mungkin ada,
tetapi publisitinya sangat kurang.
4. Harapan Baru mungkin gagal
jika mereka masih amalkan budaya reaktif dan responsif seperti PAS -
timbul isu baru ada respon, tiada isu maka tiada respon. Yang memang
bersungguh-sungguh mahu Harapan Baru maju wajib mempelajari dan
menguasai satu bidang seperti pendidikan, ekonomi, pertahanan negara,
hubungan luar atau alam sekitar. Kemudian tulis cadangan penambah-baikan
untuk diberikan kepada pimpinan Harapan Baru.
5. Budaya huduh
seperti troll, bahasa kesat, fitnah, label buruk, sarkastik sepatutnya
dilarang oleh Harapan Baru untuk mengekalkan akhlaq Islam.
6.
Intelektual, budayawan, sasterawan, seniman harus menyuburkan budaya
pendidikan untuk membina generasi bertamadun dan berintelek. Wacana,
forum, dialog wajar dianjurkan untuk merapatkan hubungan dan membentuk
kefahaman.
7. Akhir sekali, andaikata Harapan Baru kalah PRU14,
sekurang-kurangnya mereka dapat membentuk masyarakat progresif, budiman,
harmoni dan berintelek.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment