Home » » Muktamar Khas bincang 2 isu kritikal PAS

Muktamar Khas bincang 2 isu kritikal PAS

Oleh Dr Rosli Allani Abdul Kadir

 Susulan Muktamar PAS yang lepas, kelihatan permasalahan dalaman PAS dibuka seluas luasnya oleh semua pihak samada bekas pimpinan mahupun yang masih memegang jawatan tinggi dalam organisasi PAS. Media seakan menjadi medan Muktamar dan ruang muhasabah yang cukup luas kepada PAS sekarang ini. 

Sedangkan isu pokok yang seharusnya menjadi tumpuan PAS dan lain lain pihak sekarang ini adalah kegawatwn ekonomi negara yang semakin menjadi jadi dan persoalan integriti Perdana Menteri yang sedang dipertikaikan sebegitu rupa oleh semua pihak dari dalam dan luar negara. Fokus perihal penubuhan parti baru pula menjadi percakapan dan melarikan daripada kerja buat sebenar yang perlu dilunaskan oleh pAS disemua peringkat. 

Ini amat merugikan. 

Mengambil kira pandangan dari perwakilan perwakilan dalam Muktamar PAS yang lepas mahupun situasi semasa yang masih penuh dengan tanda tanya ini, maka saya mencadangkan diadakan satu Muktamar Khas dalam masa terdekat untuk menjelaskan dua isu utama yang kelihatan menjadi faktor utama kepada permasalahan yang berlaku sekarang ini iaitu:

 1) Sejauh manakah akar umbi PAS masih mengharapkan agar Pakatan Rakyat diperteguhkan.Walaupun keputusan Majlis Syura Ulama meyerahkan perlaksanaannya pada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, namun Muktamirin perlu juga diberi ruang untuk menyatakan pandangan mereka, mengambilkira situasi sebenar di peringkat bawah.

 2) Sejauh mana persediaan ahli PAS dalam menerima tahaluf baru atau sebarang bentuk persefahaman mahupun kerjasama akan datang termasuk dengan pihak Umno/ Barisan Nasional sekiranya Pakatan Rakyat yang sedia ada ini dimuktamadkan tiada lagi kewujudannya pada masa akan datang. 

 Saya mohon mencadang. 

Dr Rosli Allani Abdul Kadir Timbalan Yang DiPertua PAS Kota Bharu 4 Syawal 1436/ 20 Julai 201

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.