Oleh Abdul Rahim Sabri
MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengingatkan
kepimpinan utama PAS supaya tidak memandang rendah atau bersikap pesimis
dengan kewujudan parti baru, apatah lagi ia adalah atas inisiatif
anggota PAS sendiri.
Beliau juga berkata bacaan politik kepimpinan PAS tidak harus terikat
dengan sejarah silam seperti penubuhan parti serpihan PAS - Hamim dan
Berjasa - kerana perubahan zaman dan gaya berpolitik rakyat Malaysia
berubah.
"Kepada parti politik yang (sedia) ada, khususnya daripada PAS, tak
boleh memandang kecil terhadap kewujudan parti baru, yang lahir daripada
inisiatif ahli PAS sendiri.
"Sebab
saya tak nampak bahawa kalau kewujudan parti baru ni, (ia) macam
parti-parti politik yang sebelum ni. Ramai orang pesimis terhadap
kewujudan parti politik baru sebab sejarah lama. Hamim dan Berjasa.
Sejarah lama tu sejarah lama.
"Bagi saya, (ini) perubahan zaman, (situasi) dia berlainan. Bacaan
politik tak boleh diwarnai dengan sejarah lama, tetapi harus diwarnai
dengan perubahan zaman. Gaya berfikir masyrakat yang lahir pada masa
hari ini," katanya.
Beliau menjawab soalan dalam wawancara dengan Malaysiakini mengenai
hasrat sekumupulan pemimpin progresif PAS yang berhasrat menubuhkan
parti baru susulan tewas dalam pemilihan baru-baru.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan
mana-mana ahli PAS yang mahu menubuhkan wadah atau parti baru, maka
mereka akan "tenggelam", sebaliknya menggesa ahli beristiqamah dengan
perjuangan PAS. Kenyataan itu dikeluarkan ekoran ketewasan pemimpin
progresif dalam PAS.
Rakyat menaruh harapan
Sekalipun mengakui ia memberi implikasi kepada PAS dan kekuatan politik
baru oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang, Mahfuz
bagaimanapun berkata keputusan menubuhkan parti baru adalah hak
demokrasi mana-mana pihak dan ia tidak boleh dihalang.
"Tapi apa yang harus dilihat oleh semua orang ialah kepentingan masa
depan Malaysia. Masyarakat menaruhkan harapan yang begitu besar kepada
Pakatan untuk mengambil alih pentadbiran negara.
"Ini kerana hilang kepercayaan kepada Kepimpinan Umno dan BN yang ada
pada hari ini," katanya sambil menambah beliau menghormati hasrat
rakan-rakannya itu.
Sehubungan itu, Mahfuz menggesa ketiga-tiga parti termasuk parti baru -
jika wujud - berada dalam meja rundingan demi memastikan kewujudkan
politik baru terus menjadi harapan rakyat khususnya pada pilihan raya
umum ke-14.
Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti baru, pemimpin PAS Kedah
itu berkata: "Saya masih YDP (Yang Dipertua) Pokok Sena dan MP Pokok
Sena. Berhenti di situ."
Beliau yang bergelumang dengan politik PAS sejak 30 tahun lalu, turut
menasihatkan kepimpinan utama PAS menunjukkan "kesediaan" untuk
berbincang supaya tidak dilihat mengambil "garis keras" dengan rakan
politik pembangkang.
Menurutnya lagi, langkah emosional dan berasaskan sentimen memberi
keburukan kepada kedudukan PAS dalam kuasa politik di Malaysia apatah
lagi parti itu kini berada dalam lingkungan kuasa politik di Selangor.
Besar jiwa, rendah ego
"Maka (ia) akan beri kesan yang tak sihat kepada PAS, dan sekaligus beri kesan kepada Pakatan Rakyat.
"Bila ia memberi kesan kepada Pakatan Rakyat, ia beri kesan dengan
timbulnya krisis kepercayaaan rakyat kepada orang politik," katanya bagi
mengulas sikap PAS yang dilihat mahu bersendirian dan memutuskan
hubungan dengan parti lain.
Menurutnya
lagi, semua pemimpin utama pembangkang yang dianggapnya seperti
negarawan termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sepatutnya berjiwa besar dan
merendahkan ego mereka.
"Tak ada rugi pun kalau berjiwa besar. Yang lebih penting, prinsip tak tergadai, matlamat kita tercapai," katanya.
Beliau turut menggesa kepimpinan PAS sekarang ini perlu berfikiran tajam
dan mendahului zaman dengan melihat kerangka politik yang lebih luas
dan tidak dipengaruhi oleh kumpulan tertentu yang berada di sekeliling
mereka.
"Ini kerana kalau PAS kalau nak kekal dan terus relevan dalam acuan
politik Malaysia, sebagai sebuah parti politik besar, PAS harus terima
proses perubahan zaman dan cara berfikir masyarakat dan rakyat hari ni
"Orang sertai PAS hari ni, bukan kerana sentimen PAS parti pembangkang.
Orang nak masuk PAS, bukan semata-mata nak lihat PAS lawan kerajaan.
"Tetapi orang hari ni menyertai PAS dengan membuat perkiraan melalui
kebijaksanaan berfikir, dan cara berfikir (mereka) hari ini sangat
kritikal," katanya
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment