Saya bertanyakan beliau
mengenai gambar yang tertera diatas...status yang dinaikan sendiri oleh
guru sejarah PHD, Ridhuan Mohamad Nor. Maka berceritalah UAA
mengenainya.
Jumaat lepas, saya tiba
awal ke masjid tersebut lebih kurang jam 12.30 dinihari. Saya lihat
sudah ada kereta lain ditempat khas kereta penceramah di situ. Saya sudah lama menyampaikan tazkirah di masjid tersebut dan ini pertama kali perkara ini berlaku. Tak mengapalah, fikir saya; mungkin orang itu tidak perasaan mengenai tempat khas tersebut.
Di tepi tangga,
kelihatan ada yang menjual buku di situ. Saya terus menuju masuk ke
dalam dan mengambil tempat duduk dikerusi penyampaian kuliah. Sewaktu
sedang duduk di situ, henfon saya berdering lalu saya menjawapnya.
Panggilan dari seorang AJK masjid yang menguruskan program kuliah dan pengajian di masjid itu.
"Ustaz, program dah
tukar. Ingatkan ustaz tidak akan hadir hari ini sebab bulan puasa...dah
panggil orang lain gantikan tempat ustaz," katanya.
"Kenapa saya tidak dimaklumkan terlebih awal?" Tanya ustaz menahan sabar.
Diringkaskan cerita,
tanpa banyak songeh, UAA pun mengalah lalu beralih duduk ke bawah
seperti dalam gambar. Beliau pun tidak menyedari ada orang yang
mengambil gambarnya pada waktu tersebut. Tahu-tahu saja, gambar itu
terpampang di status fesbuk Ridhuan Mohamad Nor. Apa tujuan beliau
sebenarnya?
Seorang anak muda, Ahmad Syihan Ismail dalam status fesbuknya menulis :
Alangkah moleknya kalau Riduan pergi mendapatkan UAA terlebih dahulu dan berkata sesuatu yang lunak sebagai menghormatinya sebagai seorang yang lebih berumur dan lebih berilmu daripadanya.
Persoalan yang menjadi tandatanya ialah, siapakah dalang disebalik wayang kulit ini semua? Riduan Mohd Nor hanyalah boneka Pak Dogol ...http://alhusseyn51.blogspot.com/
Seorang anak muda, Ahmad Syihan Ismail dalam status fesbuknya menulis :
Saya cukup kecewa dgn ustaz Riduan Mohamad Nor. Semalam, sepatutnya jadual ustaz ahmad awang berkhutbah di masjid Sungai Buloh, sejak 5 tahun dia tazkirah dan khutbah di situ.
Semalam pihak masjid tak maklumkan namanya dikeluarkan dari berkhutbah. Sudah la dia datang awal.
Tempatnya diambil alih oleh riduan mat nor. Apa tujuan ustaz riduan mengambil gambar ini dan tempel dalm fb?
Kemudian upload pula dalam grup wasap spt berbangga2. Tidakkah dia berasa bersalah ulama ini dimalukan sedemikian rupa? Aib. Aib.Beginikah kelakuan seorang yang mengaku mendukung perjuangan Islam? Dimanakah akhlak beliau terhadap seorang ulama setokoh Ust Ahmad Awang ini? Takkanlah Riduan ni tidak tahu bahawa UAA memang selalunya memberikan tazkirah di situ sebelum ini...
Alangkah moleknya kalau Riduan pergi mendapatkan UAA terlebih dahulu dan berkata sesuatu yang lunak sebagai menghormatinya sebagai seorang yang lebih berumur dan lebih berilmu daripadanya.
Persoalan yang menjadi tandatanya ialah, siapakah dalang disebalik wayang kulit ini semua? Riduan Mohd Nor hanyalah boneka Pak Dogol ...http://alhusseyn51.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment