16 September?
That is the end of 100 days, which is 14
September, so 16 September adalah hari yang paling sesuai untuk membuat
konvensyen ataupun AGM yang pertama. Tetapi itu semua bergantunglah, ini
hanya perancangan dan akhirnya kita lihat bagaimana perkembangan
politik dan yang terpenting adalah sambutan daripada rakyat jelata.
Kalau rakyat jelata bersetuju bahawa diperlukan satu harapan baharu
untuk memainkan peranan membentuk gabungan yang baharu untuk mengalahkan
Barisan Nasional dalam PRU akan datang, maka bila kita pergi jelajah
seluruh negara, kita dapat sambutan sepertimana yang malam ini, maka ia
adalah satu indikator yang jelas bahawa itulah kehendak rakyat.
Malam ini bermula di Kelantan dan Perlis, so setakat ini macam mana penerimaan?
Setakat ini alhamdulillah, yang pertama di Bakri, Johor, dan di situlah
dicetuskan idea untuk menubuhkan parti baharu kerana di situlah majlis
jasamu dikenang pada asalnya, tetapi bila kita berucap orang kat bawah
tu duk melaungkan "tubuh parti baharu", "tubuh parti baharu" kerana
mereka tak puas hati dengan apa yang mereka lihat, yang telah berlaku
semasa muktamar dan ucapan-ucapan yang memang bertujuan untuk
menimbulkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat. So itulah yang mendatangkan
idea ataupun kesedaran bahawa kita tak boleh sekadar menerima keputusan
itu dan duduk diam, tetapi atas ahli-ahli sendiri yang meminta supaya
parti baharu ini dibentuk supaya kerja-kerja yang selama ini kita buat
itu diteruskan.
Datuk Ahmad Yaakob kata berundur secara terhormat daripada PAS kerana terlibat dalam gerakan ini?
Insya'Allah kita akan berundur secara terhormat bila parti baharu itu
telah pun ditubuhkan dan kita akan sendirinya, bila kita menyertai parti
baharu itu maka kita secara automatik tidak lagi menjadi ahli PAS
kerana dalam Perlembagaan PAS begitu, kita tak boleh menjadi ahli kepada
dua parti.
Selepas 100 hari kepimpinan PAS gagal?
Maknanya gagal dari segi nak kembalikan PAS itu kepada landasan yang
diikuti selama ini, yang telah mencapai kejayaan, dan inilah yang kita
boleh rasa sebagai satu benda yang cukup pelik. Pakatan Rakyat itu
mencapai kejayaan tetapi nak ditamatkan, itu yg pelik. Dia kalau dia
gagal, dia tak dapat capai kemenangan, undi Melayu merosot dan
sebagainya, itu satu hal tetapi ia adalah sebaliknya. Bukan sekadar undi
Melayu bertambah, kita nak banding dengan 2004, tetapi undi yang bukan
Melayu (juga) bertambah sebagaimana yang tak pernah dialami sebelum ini,
lalu ia merupakan satu kejayaan, tetapi kita tak faham kenapa bila dah
berjaya nak ditimbulkan perbalahan dan menimbulkan perpecahan.
Tadi YB sebut DAP bukan punca Pakatan berpecah, siapa punca sebenar?
Itu orang kena kaji baliklah, tapi bagi saya, mungkin bukan satu parti
sahaja sebagai punca. Memanglah DAP pun ada sedikit sebanyak menyumbang
kepada itu, tetapi pada hakikatnya PAS sendiri pun ada banyak kesilapan
yang kita telah tegur di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Sebagai contoh, pertandingan tiga penjuru di Kota Damansara pada 2013,
kita dah tegur. Dan isu pil kuda, kita tegur juga. Tetapi nampak macam
seolah-olah sejak 2013 ini ada satu usaha yang tidak begitu jujur
terhadap pakatan bersama ini. Kalau kita ingat telah diadakan Multaqa
Ulama' pada 2013, selepas PRU, di mana (ada) resolusi untuk kaji balik
tahaluf siyasi dengan PKR pada 2013.
Pada 2015 pula usulnya kaji
balik tahaluf siyasi khususnya dengan DAP. Lalu nampak macam seolah-olah
sentiasa nak cari masalah dan perbalahan dan nak cari alasan untuk
tidak bersama. Inilah yang saya rasa ahli-ahli PAS sendiri kena kaji,
kena teliti dan menilai sendiri peristiwa-peristiwa yang telah berlaku
yang menyebabkan Pakatan Rakyat itu menjadi bermasalah.
Malam ini difahamkan YB Zaki datang, YB Datuk Husam, YB Rozi, tapi kenapa mereka tak datang?
Itu kena tanya merekalah. Tapi bagi saya di negeri Kelantan ini memang
ia merupakan satu suasana yg uniklah di mana polarisasi di antara PAS
dan UMNO sudah begitu tinggi dan apa-apa usaha ke arah pembentukan parti
baharu, kalau ADUN-ADUN ini terlibat ia akan menimbulkan masalahlah.
Lalu apa yang dilakukan oleh Datuk Husam Musa dan yang lain-lain utk
menyatakan sokongan terhadap usaha yang dilakukan itu pun, bagi saya
sudah memadai.
Datuk Husam nyatakan sokongan?
Saya rasa
apa yang disampaikan oleh Datuk Husam Musa adalah jelas. Yang lain-lain
itu pun pada awalnya mereka nyatakan nak hadir, tetapi akhirnya atas
teguran yang diberi maka mereka telah berfikir bahawa mereka tak hadir
kerana ia boleh menimbulkan masalah bagi Kerajaan Negeri Kelantan itu
sendiri.
Kalau ditubuhkan parti baharu, GHB sendiri itu macam mana?
Harapan Baharu itu akan terus kekal sebagai satu kebangkitan rakyat,
macam reformasi dululah, sekarang ini bukan reformasi tetapi harapan
baharu dan mungkin ia akan dimanfaatkan oleh semua parti dan NGO yang
bersama. Maknanya dalam Harapan Baharu itu akan ada parti baharu, akan
ada DAP, akan ada PKR, akan ada NGO-NGO dan nama Harapan Baharu itu akan
jadi bagaikan GERAK, bagaikan reformasi dan sebagainya, tapi ia
bagaikan kita punya 'battle cry' untuk membawa perubahan dalam negara.
Nama parti?
Nama parti belum diputuskan tapi ia adalah parti Islam.
Agenda hudud akan dibawa?
Hudud adalah sebahagian daripada islam itu memang kita tak boleh
nafikan tapi, sebagaimana disebutkan oleh Dr Hamzah Jaafar tadi, dari
segi prioritinya, ini pun Ustaz Hadi sendiri pun dahulu sebut bahawa
hudud bukan prioriti kita, bahawa ia adalah 0.001 percent of the syariah
dan nak kena ada economic justice, social justice, dahulu sebelum hudud
dilaksanakan. So benda itu semua kita setuju. Kita faham dan kita
pegang kepada itu. Dalam soal Kelantan ini ialah kita bergantung kepada
UMNO untuk melihat ianya dilaksanakan,
dan di situlah kita juga
telah menegur pimpinan dalam mesyuarat bahawa tak wajar kita bergantung
kepada UMNO, dan bila bergantung kepada UMNO pula kita sanggup
memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat kerana kenyataan-kenyataan
pimpinan kita hudud itu lebih penting daripada Pakatan Rakyat, kita tak
kisah kalau DAP, PKR nak keluar.
Lalu keadaan-keadaan yang
sebegitu rupa menimbulkan masalah kepada PAS. Bagi kami, bila UMNO
tawarkan, kita sambut tawaran dia, tapi kita sepatutnya bincang dengan
rakan-rakan kita dan kita tanganinya bersama. Jangan kita jadi apa yang
dikatakan pepatah Melayu, "mendengar guruh di langit, air di tempayan
dicurahkan", itulah kesilapan yg dilakukan. Itu pandangan kami terhadap
pimpinan.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment