Home » » Ahmad Awang dapat pencalonan pertama, Hadi layak tanding presiden

Ahmad Awang dapat pencalonan pertama, Hadi layak tanding presiden

Bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang mendapat pencalonan pertama sebagai presiden PAS dari kawasan Parit Sulung, manakala penyandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat pencalonan kedua untuk jawatan itu dari kawasan Kuala Kedah, sekali gus melayakkan beliau mempertahankan kedudukannya dalam pemilihan pada muktamar Jun ini.

 Dengan pencalonan Ahmad, 3 nama kini dicalonkan sebagai presiden PAS selain Hadi, iaitu penyandang naib presiden Datuk Husam Musa, yang menerima 2 pencalonan, dan seorang lagi naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menolak pencalonan itu manakala Husam masih belum membuat apa-apa pendirian sehingga kini.


Pada masa sama, Tuan Ibrahim mendapat pencalonan pertama bagi jawatan timbalan presiden dari kawasan Kuala Kedah semalam.

Mesyuarat agung PAS Kuala Kedah itu memilih Hadi untuk dicalonkan sebagai presiden selepas beliau mengalahkan Ahmad yang turut dicalonkan.

Hadi mendapat 91 undi manakala Ahmad hanya mendapat 27 undi daripada perwakilan mesyuarat agung kawasan yang sebelum ini diketuai presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Phahrolrazi melepaskan semua jawatannya dalam PAS untuk memberikan tumpuan kepada PasMa.

Sementara itu, Ahmad dipilih sebagai calon presiden melalui mesyuarat ahli jawatankuasa (AJK) PAS kawasan Parit Sulong yang pertama, selepas mendapat mandat daripada mesyuarat agung mereka.

"Mesyuarat kami pada 18 Mac memilih Ahmad selepas majoriti AJK memilih beliau berbanding Hadi," kata Yang Dipertua PAS Parit Sulong, Khairudin Abdul Rahim kepada The Malaysian Insider.

Menurut sumber lain di kawasan itu pula, PAS Parit Sulong juga mengekalkan pencalonan bagi semua jawatan utama yang lain – Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden dan Salahudin Ayub, Tuan Ibrahim dan Husam sebagai naib-naib presiden.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.