Oleh Anne Muhammad
Tokoh ulama PAS, Ahmad Awang menolak penubuhan
parti baru yang mungkin akan ditubuhkan o
leh NGO Persatuan Ummah
Sejahtera Malaysia (PasMa).
Beliau berkata demikian selepas ditanya pemberita mengenai rancangan PasMa berkemungkinan akan menubuhkan parti Islam Jun ini.
“Bagi saya, saya tak nak ada parti Islam yang baru sebab yang dah ada
sekarang ini pun bukan mudah, untuk jadi (PAS) macam sekarang,” kata
bekas naib presiden parti Islam itu.
Membandingkan dengan
Indonesia, Ahmad berkata walaupun negara itu lebih besar politiknya kini
menjurus ke arah pengurangan parti.
Ahmad berkata demikian selepas diskusi “Mempersada PAS di pentas perjuangan” di Kuala Lumpur malam tadi.
Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi dalam konvensyen NGO itu
semalam berkata pendirian mereka sama ada membentuk parti politik atau
tidak akan dibuat selepas berakhirnya muktamar PAS Jun depan.
Ahmad bagaimanapun berkata PasMa seharusnya mengekalkan tanggungjawabnya
sebagai NGO seperti sekarang ini untuk membantu Pakatan Rakyat.
Beliau turut memuji usaha PasMa mengerahkan 1,000 sukarelawan di
Permatang Pauh untuk membantu kempen pilihan raya kecil (PRK) sebagai
sesuatu yang bagus.
“Jadi kalau dia parti politik yang baru, dia
dilihat sebagai serpihan. Serpihan yang tumbuh bermula dari tidak puas
hati dengan parti pimpinan yang ada berapa lama dia nak kuat.
“Kalau dia buat parti pun, dasarnya mesti macam PAS sahaja, jadi elok jadi NGO,” katanya.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment