Home » » “Hadi sendiri tidak pernah cakap pun nak bertanding atau tidak,” - Ahmad Awang

“Hadi sendiri tidak pernah cakap pun nak bertanding atau tidak,” - Ahmad Awang

Oleh Anne Muhammad 


Tokoh ulama PAS Ahmad Awang masih berteka teki sama ada akan bertanding jawatan nombor satu dalam parti itu dengan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar Jun ini.

Bekas naib presiden parti Islam itu berkata tidak akan mengumumkan pendiriannya selagi belum mendapat surat rasmi layak bertanding daripada jawatankuasa pemilihan PAS.

Ahmad berkata mengumumkan sedia bertanding juga tidak menguntungkannya yang akan menjadi buah mulut atau dikatakan gelojoh.

“Tidak ada dalam budaya PAS ini, lebih-lebih pucuk pimpinan, masing-masing cuba nak menonjolkan diri. Ini bukan budaya (PAS).

“Hari ini, (kalau) siapa-siapa (umum) yang dia nak tanding jawatan presiden orang itu akan back fire (makan diri), orang akan kata nampak sangat gelojoh.

“Dari segi Islam pula, kita pertubuhan Islam kan, jadi tidak wujud budaya (umum jadi calon),” katanya katanya kepada pemberita selepas diskusi mempersada PAS di pentas perjuangan.

Ahmad layak bertanding jawatan presiden PAS dalam muktamar Jun ini setelah cukup pencalonan daripada mesyuarat agung kawasan-kawasan.

Sementara itu, Ahmad juga berkata Hadi sendiri tidak pernah mengumumkan sama ada mahu mempertahankan atau tidak jawatan tersebut.

“Hadi sendiri tidak pernah cakap pun nak bertanding atau tidak,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.