Oleh : Fuad Salleh
Semasa TG Fadhil Noor Memimpin PAS membantu TG
Yusuf Rawa, dibuat satu pendekatan untuk mendekati kaum China dengan CCC
yang mana kertas kerjanya disediakan oleh ustaz Nakhaei Ahmad ketika
itu.
Namun, mungkin kerana mengenangkan perhubungan kawan lama,
TG Fadhil Noor menerima jemputan anwar Ibrahim bertemu mahathir ketika
itu bersama Presiden PAS. Akhirnya pertemuan itu dibocorkan Anwar
sendiri sehingga makan diri PAS, namun pemimpin2 PAS yang dibelakang TG
Fadhil Noor dan TG Yusof rawa tetap berdiri di belakang mereka. Sanggup
menerima kesilapan dan kemenangan bersama.
Yang melenting dan
merasa hebat seperti Ustaz Nakhaei Ahmad pula yang keluar dari bahtera
membawa bersama beberapa tokoh muda seperti Fuad (bukan aku) Zarkasyi,
Saifuddin Nasution dan lain lain.
Bila berlaku pula gerak kerja
menyatukan pembangkang dalam 1990, Pemimpin Pemuda ketika itu Ustaz
Abdul Halim Arshad berjaya menemukan TG Nik Aziz dan Ku Li, arkitek yang
turut terlibat menjatuhkan kerajaan Kelantan 1977, berlaku ribut dalam
parti ISLAM apabila kumpulan ISLAM cuba mewujudkan angkatan 51.
Maka , yang turun memberi penjelasan membantu kerja Presiden PAS
ketika itu, TG Fadhil Noor, adalah TG Hj. Abdul Hadi yang sanggup
berjumpa ulama-ulama Kelantan menjelaskan perkara sebenar. Walaupun
bergolak, Pemimpin Atasan Pusat yang bersatu dapat mengekalkan momentum
PAS dan memenangi PRU 1990.
Pada Tahun 1998, Bila Anwar Ibrahim
dikhianati dan dipecat Mahathir, Al-Marhum TG Fadhil Noor tanpa
keputusan mesyuarat dan menggunakan kapasiti seorang Presiden yang
diberi Hak, membuat keputusan untuk membantu. Maka, sekali lagi ribut
berlaku. Saat itu, Mhhammad Sabu sedang sahaja berceramah 3 jam tanpa
henti menghentam UMNO dan juga Anwar sehingga terlekat gelaran Al juburi
yang dimain mainkan oleh UMNO sehingga kini.
Namun, siapa yang
meredakan keadaan? TG Hj Hadi juga yang turun memberi nasihat bersama
yang lain termasuk TG Harun Taib meskipun Anwar Ibrahim pernah menggelar
TG Harun Taib sebagai "unta" di Manir ketika ceramah di atas pentas
UMNO. Begitulah besarnya jiwa pemimpin PAS. Amat pemaaf.
Pada
tahun 1995-1996, Aura TGHH yang punyai gelombang besar sehingga Asia
Week menjadikan muka depan majalah tersebut sebagai Pimpinan Masa Depan.
Sebahagian ahli PAS mula mahu TGHH menjadi Presiden.. tetapi TGHH
dengan penuh tawadduk menasihatkan dengan memberi jawapan yang dapat
meredakan semua pihak sehingga wala kepada TG Fadhil Noor terus
dikekalkan.
Bayangkan ketika itu, sekiranya orang nombor 2 PAS
bertindak berdiam diri atau menyatakan pendapat peribadi. Maka, saat itu
kita mungkin melihat perpecahan berlaku. Alhamdulillaah ia tidak
berlaku kerana org no. 2 terus teguh di belakang Presiden.
Hari ini, ketika TG Haji Hadi memimpin PAS... siapa yang dapat bersikap seperti beliau?
Siapa yang mempertahankan beliau seperti beliau dan rakan rakannya no 3
dan 4 (Pemuda dan Muslimat) mempertahankan Pemimpin terdahulu?
Yang duduk di belakang beliau hari ini adalah lapisan Pemimpin Pemuda
yang pernah berkrisis pada tahun 1995-1996, Yang mana KOSIS sendiri
pernah memecat Ketua Pemuda sebagai ahli lembaga Pengarah. Yang masa
waktu itu terbahagi antara blok revolusi dan blok demokrasi.
Adakah pemimpin di belakang TGHH sekarang masih lagi membawa masalah Pemuda era 1995-1996?
Makanya...mereka semua itu tidak matang dan tidak belajar Politik
ISLAM dari kepimpinan Ulama. Hanya belajar menjaga posisi dalam politik
semata-mata, atau sudah pandai menerima arahan yg berbilang.
Ramai yg menyanjung al-Marhum TGFN kerana keupayaanya namun mrk lupa
siapa yg di belakang TGFN waktu itu. Org itulah yg kini sedang dihina,
dicerca dan cuba dijatuhkan. Alangkah baiknya jika hari ini org no. 2, 3
dan 4 memainkan peranan sepertimana org no. 2, 3 dan 4 di belakang TGFN
dulu. Tidak berkongsi selimut dg orang luar.
Aku rindu saat pemimpin 2, 3, 4 seorang yang ikhlas dan membantu ketua dengan sebaik- baiknya....macam dulu...
Aku sedar, aku tak semuda dulu...namun apapun...aku rindukan no2, 3 dan 4 yg mcm dulu
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment