Oleh Mazlan Aliman
Mahalnya nilai sebuah persahabatan. Jangan
kerana jawatan dan berbeza pandangan, kita
bersengketa dan berpecah.
Hilang segala galanya meskipun di pupuk sekian lama.
Salahudin Ayub, YB Aminolhuda Hassan, Hj
Dzulkifly Ahmad, Hj Khairudin Abd Rahim dan Onn Jaafar adalah antara
sahabat akrab sejak saya menyertai PAS pada tahun 1986. Kami membina
karier dari bawah.
Menampal poster, naikkan bendera atas
pokok, kutip derma jihad dan kerja kerja asas sebagai aktivis parti.
BerUsrah dan bertamrin bersama sama. Kami wujudkan Pusat Tarbiyyah
Amaliyyah yang di ketuai sendiri oleh Aminolhuda bagi memperkasa
tarbiyyah pemuda.
Bintang Salahudin lebih cerah dari saya;
namun saya tahu keperitan yang beliau hadapi sewaktu beliau menjadi
Ketua Dewan Pemuda PAS Johor sepenuh masa dengan elaun RM300 sebulan.
Acapkali kesempitan wang, hingga susu anak pun tidak mampu di
beli. Dia tidak lupa diri bila jadi Ahli Parlimen. Selalu membantu saya
terutamanya menjelang hariraya dan naik sekolah.
Kalau jumpa dia akan tanya secara
berseloroh, ' duit belanja ada? Lantas hulur sejumlah wang kepada saya
kerana dia pernah alami keperitan dalam hidupnya. Dia mahu berkongsi
sedikit keselesaan dengan rakannya yang lain.
Sejak zaman Al Marhum Ismail Ibrahim sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, kami adalah exco Pemuda PAS.
Aminolhuda akan singgah dan tumpangkan saya untuk pergi bermesyuarat
di Batu Pahat. Beliau sahabat yang ambil berat mengenai saya. Tidak
berkira orangnya. Hj Khairudin, meskipun engineer;
sebahagian besar gajinya adalah untuk jamaah. Sanggup jual kuih dan
buka kedai makan nak tampung kos operasi Dewan Pemuda. Kadangkala nak
tuang minyak kereta pun tak ada duit.
Dzulkifli Ahmad, saya anggap arkitek parti di Johor. Pemikiran dan cara bekerjanya hebat.
Seorang perancang parti yang work smart. Bangunan PAS Johor yang sedang
berdiri megah waktu ini adalah hasil 'buah tangannya'.
Apapun yang orang perkatakan mengenai Onn Jaafar, beliau adalah aktivis
parti yang gigih. Walau dikata loklak, ceroi dan lain lain, kerja
buatnya selesai sebagaimana arahan. Jika kita ni jam 1 pagi dah tidur;
beliau masih menampal poster dan macam macam dilakukan hingga ke
dinihari sejak 20 tahun dulu lagi. ' Ana ni tak reti bagi kuliah, tukang
tampal poster pun tak pe lah'. Guraunya menceriakan kami.
Ukhuwwah yang terbina mengeratkan kami. Walau ada yang sudah berjawatan
penting dalam parti dan bergelar YB, hubungan kekal terpelihara.
Justeru, bila ada fitnah yang disebarkan, kami sama sama hadapi, walau
terasa pedihnya. Menitik air mata mengingatinya.
Sekarang
musim pemilihan parti, pilu tetap terasa bila kawan baik berubah sikap
kerana berbeza pandangan. Seperti kata Dato' Mahfuz Omar, ' saya
mengenali Salahudin sudah sekian lama.
Sembahyang sunat dia lebih banyak dari saya. Tapi, bila orang fitnah
dia baru baru ini(ada ceritanya) saya sangat terasa. Di mana letaknya
akhlak kita?'.
Mahalnya nilai sebuah persahabatan. Jangan
kerana jawatan dan berbeza pandangan, kita bersengketa dan berpecah.
Hilang segala galanya meskipun di pupuk sekian lama.
Moga Allah pelihara persaudaraan ini hingga ke akhir hayat.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment