Home » » Asmuni sanggah Hadi : Pemilihan PAS kali ini lebih kotor

Asmuni sanggah Hadi : Pemilihan PAS kali ini lebih kotor

 OLEH MD IZWAN 

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi menolak kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi
Awang yang mengatakan tiada kempen kotor dalam pemilihan kali ini dan menambah banyak bukti ditemui melibatkan aktiviti yang melanggar peraturan pemilihan.

Asmuni turut mengakui pemilihan kali ini lebih kotor berbanding sebelum ini berdasarkan pelbagai laporan dan aduan yang diterima oleh jawatankuasa dipimpinnya.

"Sebelum ini tidak nampak pun, tapi kali ini hebat sangat, tidak tahu kenapa berlaku," kata Asmuni pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Asmuni menjelaskan sejak akhir-akhir ini banyak serangan peribadi dan pengeluaran risalah yang bertujuan menjatuhkan imej calon tertentu, disamping kempen yang sedang berjalan dalam media sosial.

"Kita tak benarkan perbuatan langgar etika, seperti beri label, beri gelaran, keluarkan poster jatuhkan maruah calon-calon dan sebagainya.

"Tapi akhir-akhir ini seperti mana tuan tahu banyak berlaku di media sosial perkara seperti ini, cuma kita tak tahu kerja siapa," katanya.

Hadi pada Sabtu lalu dilaporkan menafikan berlaku kempen kotor dalam pemilihan PAS kali, serta memberi jaminan tiada aktiviti sedemikian berlaku.

Mengulas mengenai kenyataan Hadi itu, Asmuni berkata presiden PAS itu mungkin tidak mengetahui atau tiada maklumat tentang aktiviti kempen kotor yang sedang berjalan sepanjang pemilihan kali ini.

Menurut Asmuni, imej PAS akan terjejas sekiranya aktiviti tidak sihat ini berterusan sepanjang tempoh berkempen kali ini.

Sebelum ini, The Malaysian Insider mendedahkan muncul buku yang menyerang sebahagian pimpinan PAS yang disifatkan penulisnya sebagai perosak parti menjelang pemilihan pada Jun.

Buku bertajuk "Siapakah perosak sebenar PAS?" diterbitkan atas nama dan logo rasmi parti yang dicetak di muka depan buku berwarna warni itu.

Turut ditulis pada tajuk buku adalah, "Parasit, sifatnya menumpang pada tubuh dan menghisap segala zat pada tubuh itu. Parasit kenyang, namun tubuh yang ditumpangi itu semakin rosak dan lunyai."

Menurut apa yang tersebar di laman sosial, empat pemimpin parti menjadi sasaran buku ini dan menyifatkan Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, sebagai "parasit no 1".

Turut menjadi sasaran buku ini adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat dan peguam, Mohamed Hanipa Maidin dan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Sebelum ini, tiga laman Facebook yang tidak diketahui pemiliknya, El-Haraki, Tuc Tok Usin Ceroi dan Keli Laut, sentiasa menyerang sebahagian pimpinan PAS itu.

Pemilihan kali ini diramal genting dan bakal menentukan hala tuju PAS yang pada ketika ini sedang bergelut sesama rakan Pakatan Rakyat, khususnya DAP kerana perbezaan pendapat dalam isu hudud- themalaysianinsider.com
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi menolak kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan tiada kempen kotor dalam pemilihan kali ini dan menambah banyak bukti ditemui melibatkan aktiviti yang melanggar peraturan pemilihan.
Asmuni turut mengakui pemilihan kali ini lebih kotor berbanding sebelum ini berdasarkan pelbagai laporan dan aduan yang diterima oleh jawatankuasa dipimpinnya.
"Sebelum ini tidak nampak pun, tapi kali ini hebat sangat, tidak tahu kenapa berlaku," kata Asmuni pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Asmuni menjelaskan sejak akhir-akhir ini banyak serangan peribadi dan pengeluaran risalah yang bertujuan menjatuhkan imej calon tertentu, disamping kempen yang sedang berjalan dalam media sosial. "Kita tak benarkan perbuatan langgar etika, seperti beri label, beri gelaran, keluarkan poster jatuhkan maruah calon-calon dan sebagainya.
"Tapi akhir-akhir ini seperti mana tuan tahu banyak berlaku di media sosial perkara seperti ini, cuma kita tak tahu kerja siapa," katanya.
Hadi pada Sabtu lalu dilaporkan menafikan berlaku kempen kotor dalam pemilihan PAS kali, serta memberi jaminan tiada aktiviti sedemikian berlaku.
Mengulas mengenai kenyataan Hadi itu, Asmuni berkata presiden PAS itu mungkin tidak mengetahui atau tiada maklumat tentang aktiviti kempen kotor yang sedang berjalan sepanjang pemilihan kali ini.
Menurut Asmuni, imej PAS akan terjejas sekiranya aktiviti tidak sihat ini berterusan sepanjang tempoh berkempen kali ini.
Sebelum ini, The Malaysian Insider mendedahkan muncul buku yang menyerang sebahagian pimpinan PAS yang disifatkan penulisnya sebagai perosak parti menjelang pemilihan pada Jun.
Buku bertajuk "Siapakah perosak sebenar PAS?" diterbitkan atas nama dan logo rasmi parti yang dicetak di muka depan buku berwarna warni itu.
Turut ditulis pada tajuk buku adalah, "Parasit, sifatnya menumpang pada tubuh dan menghisap segala zat pada tubuh itu. Parasit kenyang, namun tubuh yang ditumpangi itu semakin rosak dan lunyai."
Menurut apa yang tersebar di laman sosial, empat pemimpin parti menjadi sasaran buku ini dan menyifatkan Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, sebagai "parasit no 1".
Turut menjadi sasaran buku ini adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat dan peguam, Mohamed Hanipa Maidin dan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Sebelum ini, tiga laman Facebook yang tidak diketahui pemiliknya, El-Haraki, Tuc Tok Usin Ceroi dan Keli Laut, sentiasa menyerang sebahagian pimpinan PAS itu.
Pemilihan kali ini diramal genting dan bakal menentukan hala tuju PAS yang pada ketika ini sedang bergelut sesama rakan Pakatan Rakyat, khususnya DAP kerana perbezaan pendapat dalam isu hudud
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengerusi-pemilihan-pas-tolak-kenyataan-hadi-tiada-kempen-kotor#sthash.km48uKEk.dpuf

2 comments:

My Blog List

Blog Archive

.