Home » » Mengapa Golongan ‘Parasit’ Wajib Dijatuhkan

Mengapa Golongan ‘Parasit’ Wajib Dijatuhkan


Oleh Khalid Samad 

Dato Dr. Hassan Ali menjelaskan sejelas-jelasnya sebab mengapa golongan ‘Parasit’ perlu
dijatuhkan dari kedudukan mereka sebagai AJK PAS Pusat dan pimpinan PAS. Walaupun ucapan beliau disampaikan pada tahun 2013, sebelum Muktamar PAS pada tahun itu, mesejnya tetap releven untuk pemilihan pimpinan PAS tahun ini. Jatuhkan ‘Parasit’ kerana mereka merupakan penghalang kepada penyatuan PAS dan UMNO demi kepentingan Melayu dan Islam!

Sila dengar dengan teliti kata-kata Dato Dr. Hassan Ali ini:


 
TGNA sudah tidak lagi bersama kita. DSAI juga sedang merengkok dalam penjara dan telah berjaya ditimbulkan kebencian terhadapnya di kalangan sebahagian besar ahli PAS. Sekarang yang tinggal hanyalah golongan ‘Parasit’!

Dalam pemilihan tahun ini, hasil dari kempen kotor yang disebutkan Hj. Asmuni, golongan ‘ini perlu dijatuhkan satu per satu. Di antara kempen kotor yang diusahakan adalah amalan label-melabel yang dilakukan penyokong ‘PAS Ekstrim’ terhadap golongan ‘Parasit’. Asalnya mereka digelar ‘Jebon’ dan gelaran ini dijaja ke sini ke sana oleh golongan asatizah yang naif dan kurang berakhlak. Kemudiannya mereka digelar ‘Parasit’. Sekiranya usaha kempen kotor ini berjaya, maka mereka tidak akan dipilih dan akan diganti dengan saff pimpinan ‘PAS Ekstrim’.

Sikap ‘PAS Ekstrim’ diserlahkan di pilihan raya kecil Permatang Pauh. Tiada yang mampu menafikan kewujudan mereka ini.

Apa yang dikatakan oleh Dato Dr. Hassan Ali terhadap TGHH adalah andaian Hassan Ali semata-mata. Namun apa yang dikatakan beliau terhadap golongan ‘Parasit’ adalah benar dan tepat. Mereka inilah benteng dan penghalang terhadap kesatuan PAS dan UMNO!

Senarai ‘Parasit’ disediakan oleh penyokong ‘PAS Ekstrim’. Di bawah ini saya senaraikan ‘Parasit’ yang dimaksudkan mereka. Mereka, termasuk saya, dicemuh dengan bermacam cemuhan. Ianya sebahagian dari strategi untuk menggantikan mereka dengan pimpinan ‘ekstrim’ yang bersikap anti-PR.



Maka ketahuilah permainan musuh yang ingin PAS keluar dari PR dan gagalkan usaha jahat mereka!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.