Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
Ahmad Awang seorang yang berprinsip. Dia tidak mudah termakan pujukan Umno. Semenjak jadi pegawai tinggi kerajaan lagi dia bukan jenis kaki bodek dan mata duitan.
Aku percaya, kalau dia jenis orang yang macam itu, hari ini sudah tentu dia bergelar Tan Sri dan berada sebaris dgn Yusof Nor dan ramai lagi ulama dalam Umno.
Dalam kes Perak, dia memberi pukulan maut kepada Umno apabila menolak sebarang usaha membentuk kerajaan bersama Umno.
Jika dia jenis orang bermata duitan macam sebahagian orang yang mengaku ulama dalam PAS, lebih baik dia menerima kerjasama itu kerana itulah peluang untuk dia mengintai projek dan hidup mewah.
Orang yang berprinsip sebegini layak benar memimpin PAS.
0 comments:
Post a Comment