Home » » Nakhoda yang terhijab

Nakhoda yang terhijab

Oleh Abdullah Iskandar 

Apa yang berlaku dalam PAS kini amat menyedihkan. Keberantakan yang seperti tiada Abu Bakar
memujuk demi mencapai ketenangannya. Tiada Umar mencegah perpecahannya. Tiada Uthman menguruskannya. Tiada Ali merancang solusinya.

Dari bawah, kami melihat nakhoda bertungkus lumus. Bersusah payah ke sana ke sini. Sekejap di Istanbul. Sekejap di Mekah. Mulanya di Eropah. Kemudiannya di Jakarta. Merancang sesuatu.

Menyusun perancangan demi ummah. Demi agama. Tetapi bagaimana kapal ini?

Sungguh kami tidak melihat sebarang usaha. Tidak menyaksikan sebarang tindakan konkrit. Yang mampu mencegah keberantakan. Yang boleh menghenti adu domba. Menghapus perlabelan terpilih dan eksklusif. Mensucikan jalan dakwah dan tarbiah daripada noda mempergunakan ayat dan hadis secara salah sehingga memaki ulama sana, memulia ulama sini.

Duhai tuan nakhoda,

Tidak kami menolak kehebatanmu. Bukan kami berdiri di hadapanmu menentang. Kami datang dari belakang. Menyokong walau jarang di sapa. Bekerja atas kefahaman erti perjuangan. Kasih sayang tidak berbelah bahagi.

Apakah semua ini gara2 sang kelembai yang merancang, mencorak, menutup, menyekat dan menasihati? Sungguh semuanya seperti terhijab.- : http://www.themalaysianinsider.com
Apa yang berlaku dalam PAS kini amat menyedihkan. Keberantakan yang seperti tiada Abu Bakar memujuk demi mencapai ketenangannya. Tiada Umar mencegah perpecahannya. Tiada Uthman menguruskannya. Tiada Ali merancang solusinya.
Dari bawah, kami melihat nakhoda bertungkus lumus. Bersusah payah ke sana ke sini. Sekejap di Istanbul. Sekejap di Mekah. Mulanya di Eropah. Kemudiannya di Jakarta. Merancang sesuatu. Menyusun perancangan demi ummah. Demi agama. Tetapi bagaimana kapal ini?
Sungguh kami tidak melihat sebarang usaha. Tidak menyaksikan sebarang tindakan konkrit. Yang mampu mencegah keberantakan. Yang boleh menghenti adu domba. Menghapus perlabelan terpilih dan eksklusif. Mensucikan jalan dakwah dan tarbiah daripada noda mempergunakan ayat dan hadis secara salah sehingga memaki ulama sana, memulia ulama sini.

Duhai tuan nakhoda, Tidak kami menolak kehebatanmu. Bukan kami berdiri di hadapanmu menentang. Kami datang dari belakang. Menyokong walau jarang di sapa. Bekerja atas kefahaman erti perjuangan. Kasih sayang tidak berbelah bahagi.
Apakah semua ini gara2 sang kelembai yang merancang, mencorak, menutup, menyekat dan menasihati? Sungguh semuanya seperti terhijab.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/nakhoda-yang-terhijab-abdullah-iskandar#sthash.ZzDSLn4K.dpuf

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

Follow by Email

.