Home » » Kepercayaan yang hilang dalam PAS

Kepercayaan yang hilang dalam PAS

Oleh Abdullah Iskandar 


Saya tidak pasti apakah “trust” sama makna dengan apa yang sering disebut oleh ulama, iaitu “siqah”.

Kali pertama saya mendengar kalimat “siqah” ini ialah semasa berada di tahun pertama pengajian saya dalam sebuah program usrah.

“Trust” saya terjemah dengan kepercayaan. “Siqah” berdasarkan fahaman saya ialah respek dan hormat yang ingin diraih daripada pihak lain. Natijahnya, kepercayaan.

Dalam sebuah syarikat pengeluaran automobil, tahap “trust” sesama pengurusan dan pekerja mesti mencapai tahap maksima.

Jika tiada kepercayaan satu sama lain, Mercedes dan BMW sebagai contoh, akan gagal menghasil sebuah kereta yang baik, relevan dan kompeten sehingga kini.

Bayangkan “trust” yang hilang dalam sebuah syarikat konglomerat? Bankrap saya fikir.

Apakah “trust” masih wujud dalam PAS? Apakah kesannya jika ia hilang? Bagaimana “trust” perlu dibina dan dikekalkan?

Membaca komentar setiausaha politik presiden PAS tentang keengganan sebahagian pemimpin parti ini mengikuti keputusan mesyuarat, saya terus teringat kepada persoalan “trust”.

Seperti sudah hilang bukan? Ya, kita andai ia hilang. Kesannya ialah apa yang berlaku kini.

Persoalan dan penyelesaian paling utama ialah bagaimana ia dibina semula dan dikekalkan?

Apa yang perlu dilakukan oleh presiden? Bukankah semua ini menunjukkan KPI beliau merudum?

Apa yang perlu dilakukan oleh semua pemimpin pusat? Bukankah semua ini bermaksud diri mereka bermasalah?

Apa yang perlu dilakukan oleh lelaki-lelaki di sekeliling pusat kuasa parti? Bukankah semua mereka perlu tekan butang islah dengan segera?

Jika solusinya hanya wala dan taat, maka PAS akan gagal. Kerana ianya bukan solusi. Ia adalah natijah daripada solusi yang hilang.

Apa solusinya? Cuba belajar daripada praktis dunia korporat atau kesatuan sukan atau industri pengeluaran automobil. Belajarlah...

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.