Oleh Mohd Sayuti Omar
Saya tidak mahu menyamakan apa yang sedang
berlaku dalam PAS waktu ini adalah satu proses pembersihan etnik. Ya, ia
jauh berbeza dengan apa yang berlaku di Bosnia-Hazegovina kira-kira 10
tahun lalu di mana Bosnia Serb melakukan "ethnic cleansing" pembataian
ke atas warga Bosniaks (Bosnia Muslim) atas perasaan benci kepada
keagamaan dan perkauman. Tidak.
Tetapi kaedah atau pun emosi
yang sedang berbuak-buak dalam sesetenhgah orang dalam PAS kini, sama
dengan apa yang berlaku di Bosnia itu, iaitu perasaan atau apa dinamakan
kegilaan untuk menghapuskan satu kumpulan dan menobatkan satu kumpulan
yang lain bagi menguasai PAS sepenuhnya. Tindakan ini sesungguh kejam
dan tidak berhati perut. Biarlah saya menamakan apa yang sedang berlaku
kini sebagai proses "menghapuskan puak" (group cleansing) dalam PAS.
Sedar atau tidak, setuju atau tidak, inilah hakikat yang sedang berlaku
dalam parti agama itu yang perlu diambil perhatian semua orang. Mereka
yang menolak hakikat ini sengaja membutakan mata dan hati mereka.
Pastinya proses yang rancak berjalan ini sangat disukai musuh PAS kerana
ia membawa laba untung buat mereka.
Puak yang hendak dihapuskan
ialah puak yang digelar dengan berbagai-bagai gelaran jelek yang tidak
tersenarai sebagai ahli syurga. Puak yang dinama dan dianggap bukan ahli
syurga ialah berfahaman sekular, profesional, penyokong liberalisme dan
pluralisme, puak yang anti hudud, puak yang berbaik-baik dengan kafir
dan puak ini juga dinamakan sebagai puak anti ulama.
Manakala
puak yang sedang melakukan atau menggerakkan proses penghapusan ethnik
ini, untuk mengambil alih kuasa di semua aspek dalam PAS, ialah puak
digelar dengan nama-nama tersenarai sebagai ahli syurga seperti
Ansorullah, mujahid, pencinta sunah, pengamal Quran dan Hadith, ahli
fakeh, pengamal sunnah menyimpan janggut, menginaikan misai, memakai
juban dan serban. Puak ini dikenali dengan puak agamawan atau pun ustaz
atau pun al ulama yang menggunakan istilah-istilah Arab dalam
menganjurkan program parti dengan berlapikkan elemen keagamaan.
Proses ini sebenarnya dilakukan beberapa tahun lalu, tetapi ia ketara
dalam mesyuarat PAS kawasan ketika ini yang sedang bersiap sedia untuk
berhadapan dengan muktamar pada Jun nanti.
Dijangkakan pada Jun nanti
proses itu akan tercapai sepenuhnya.
Proses pembersihan ini
sedang berlangsung dan ia hampir mencapai ke klimeknya. Taktik digunakan
ialah menerusi mesyuarat PAS kawasan yang berlangsung kini. Sebelum itu
menerusi beberapa lantikan sebagai mengisi badan-badan tertentu tanpa
dirujuk kepada parti dengan sewajarnya dan dibuat secara ad hoc.
Tampaknya ia berjalan secara sistemetik sekali dan berjaya mencapai
matlamat. Sudah lebih separuh daripada 186 kawasan PAS mengadakan
mesyuarat, keputusan-keputusan yang dicapai memberi indikator jelas
berlakunya proses tersebut dan satu demi satu puak sekular sudah tewas
atau terpinggir. Selain dibuang menerusi mesyuarat, puak bukan ahli
syurga itu juga ditekan secara pyskologis.
Proses pembersihan
puak ini berlaku di semua negeri, kecuali Johor, yang terjadi
disebaliknya. Ahli PAS Johor tidak mudah terpengaruh dengan agenda
berkenaan dan bersikap demokratik. Mungkin kerana negeri Johor
berdekatan dengan republik Singapura, pengaruh pemodenan negara
berkenaan menyerap ke dalam PAS menyebabkan politik PAS sedikit advance
atau pun tidak mudah menjadi pandir dengan slogan.
Negeri-negeri
lain seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang, Melaka yang dilihat negeri
di mana ahli dan penyokong PAS tidak otordoks dan fanatik seperti
Kelantan, Kedah dan (tambah-tambahnya) Terengganu juga terikut sama. Ini
mengejutkan dan gerakan penghapusan ini akan berjaya kerana mendapat
sokongan menyeluruh.
Proses ini memberi kesan besar kepada
kepimpinan PAS untuk masa hadapan. Pemerhati sedang menantikan apakah
PAS mampu mengolah parti itu dengan satu puak yang sama aliran
pemikiran, stail dan budaya politik tanpa ada campur puak-puak yang
berfikiran terbuka yang dianggap berketrampilan dalam politik dan
gerakan massa?
Kesuksesan pembersihan puak ini dapat disahkan
apabila hampir 80% pencalonan yang dibuat mesyuartat PAS kawasan
mencalonkan puak sejenis mereka sahaja, iaini golongan yang meletakkan
diri mereka dalam gelung atau bingkai ustaz atau pun ulama yang memakai
tanda di kepala berkopiah putih dan serban.
Untuk jawatan
presiden, PAS kawasan mengekalkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang
menjadi ikonik puak berkenaan. Beliau kini sudah mendapat 60 pencalonan,
sementara dua lagi calon lain Husam Musa hanya mendapat sembilan (9)
pencalonan dan Ahmad Awang hanya tiga (3) pencalonan. Dengan tinggal
kurang 30 kawasan lagi yang belum bermesyuarat adalah dijangka Abdul
Hadi menguasai 70% pencalonan untuk mengekalkan jawatan yang
disandangnya kini dan proses group cleansing itu berjaya.
Mungkin pencalonan diterima Abdul Hadi itu tidak memberi gambaran proses
pembersihan puak itu berlaku. Sewajarnya kalau PAS terus
mencadangkannya kerana beliau nampak tidak mahu berundur. Tetapi
pencalonan untuk jawatan timbalan presiden, naib-naib presiden dan ahli
jawatankuasa kerja PAS menjelaskan kedudukan itu.
Pencalonan
Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini jauh mengatasi pencalonan untuk Mohamad
Sabu untuk jawatan timbalan presiden, serta pencalonan tiga nama untuk
mengisi jawatan naib presiden, Idris Ahmad, Nasarudin Hassan dan Mohd
Amar Nik Abdullah menjelaskan akan perkara ini. Tuan Ibrahim, Idris
Ahmad, Nasarudin Hassan dan Mohd Amar Nik Abdullah adalah mereka yang
dikategorikan sebagai ahli syurga.
Kalau bukan atas dasar hendak
melakukan pembersihan puak, kenapa Mohamad Sabu hendak diganti dengan
Tuan Ibrahim. Mungkin proses pencalonan itu masih boleh diterima, tetapi
bila dilancarkan kempen menyerang peribadi Mohamad Sabu dan beberapa
pemimpin lain ia menunjukkan rancangan itu disusunatur demikian
rupa.Tindakan memakan daging saudara sendiri itulah yang dikatakan
tindakan group cleansing ini tidak berhati perut dan sama dengan
golongan Serbs.
Melihat kepada mood pencalonan dan rancaknya
proses pembersihan ini, sudah pasti golongan bukan disenarai sebagai
ahli syurga akan tewas. Manakala golongan ahli syurga akan menang dengan
mudah dan jaya.
Gerakan golongan ahli syurga ini juga agresif
menjalani kempen, membuat tohmohan dan provokasi dalam media massa dan
kumpulan WhatsApp, ia menyerlahkan akan kesungguhan golongan ini hendak
membersihkan golongan sepuak lagi dari PAS.
Sementara itu
golongan bukan ahli syurga hanya mendiamkan diri. Tidak ada apa-apa
pakatan dibuat sesama mereka untuk mempertahankan diri.
Mereka
seolah-olah kesal dan menyerahkan kepada takdir dan menjadi serba salah
sama ada hendak melawan atau mendiamkan diri. Apakah mereka sudah tahu
apa yang berlaku dalam PAS itu tidak dapat diatasi?
Apakah kerana sikap
presiden dan musyidul am yang berpihak menjadikan mereka malas dan
lemah?
Barang kali kata-kata Ahmad Awang tidak ada guna betanding kerana
berlaku kempen secara kotor menjadi azimatnya.
Dengan situasi
hari ini memberi gambaran, golongan yang tidak disenaraikan ahli syurga,
akan mengambil jalan sendiri selepas Jun nanti. Walaupun mereka tidak
menunjukkan persepkatan tetapi permahaman politik mereka bergerak ke
arah itu. Boleh jadi dan elok kalau mereka tidak akan menerima
pencalonan dan akan memberi kemenangan percuma kepada golongan ahli
syurga sebagai jalan tengah. Soalnya ke manakah mereka selepas ini? Kita
akan bincangkan di masa lain.
Dan apakah setelah golongan ahli
disenaraikan ahli syurga menguasai PAS sepenuhnya mereka akan membawa
PAS lebih maju daripada hari ini, khasnya menang besar dalam pilihan
raya umum ke-14?
Harapnya begitulah, termasuk juga akan mengatur tapak
yang jelas untuk berkerjasama dengan Umno demi agama, bangsa dan negara
yang kini menjadi tagline baru kepada PAS bawaan ahli disenaraikan ahli
syurga itu. – msomelayu.blogspot.com
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment