Home » » Ustaz Ahmad Awang Wajar Di beri Peluang Memimpin PAS

Ustaz Ahmad Awang Wajar Di beri Peluang Memimpin PAS

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Sudah 13 tahun Abdul Hadi Awang menjadi Presiden PAS. Jasanya memang banyak. Itu tidak pernah dipersoal dan akan tetap dikenang.

Namun begitu, semenjak kebelakangan ini pendekatan politiknya dilihat tidak menguntungkan PAS apatah lagi PR.

Kini retak PR sukar dicantum kembali sekiranya beliau terus memimpin PAS.

Sampai masanya PAS dipimpin oleh seorang tokoh yang berupaya membaikpulih hubungan PAS dengan PKR dan DAP dan mencantum kembali retak itu.

Bagi saya tokoh itu ialah Ahmad Awang.

AHMAD AWANG wajar diberi peluang memimpin PAS sebagai presiden. Beliau seorang alim yang hidup bersama zaman.

Beliau teguh dengan prinsip dan berlapang dada dengan strategi. Berpengalaman luas dalam pentadbiran peringkat tinggi dan pelbagai organisasi ummah peringkat nasional dan antarabangsa.
PAS akan mengharungi zaman dengan cemerlang di bawah kepimpinan beliau dengan pertolongan Allah.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.