Home » » Bukti Fadzil Noor pemimpin inklusif

Bukti Fadzil Noor pemimpin inklusif

Oleh Zin Mahmud 

Mengapa saya berlembut pada Faisal Tehrani dan Syiah? Ketika saya bergelumang dengan fahaman
sekularisme pada awal 80-an, pemikiran yang nembawa saya kembali ke Islam ialah dari kalangan Syiah. Saya tidak menjadi Syiah tetapi pegangan saya kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah mazhab Syafie lebih kukuh.

Pemikiran yang membawa saya kembali ke Islam datangnya dari Syed Hossein Nasr melalui buku Sufi Essays dan The Ideals and Realities of Islam. Gambaran beliau mengenai malaikat melalui bidang angelology dalam sebuah buku lain terasa begitu nyata.

Syed Hossein, seorang Syiah ialah bekas penasihat Syah Iran. Beliau kini adalah ahli akademik di Amerika Syarikat dan Osnan Bakar, pajar bidang Islanisasi Sains adalah muridnya.

Seorang lagi tokoh tentunya Ali Shariati, seorang Syiah dan bekas sosialis. Beluau berjaya berhujah dan menarik banyak bekas komunis Iran untuk kembali ke fahaman Islam. Seorang lagi tokoh tentunya Ayatullah Khomeini yang berjaya memberi keyakinan diri pada umat Islam.

Tiga tokoh ini yang membawa saya untuk menyertai PAS yang pada awal 80-an telah berjaya memperkenalkan Kepimpinan Ulama selaras dengan apa yang digagaskan oleh Ayatullah Khoneini.
Gagasan ini diperjuangkan oleh golongan bukan ulama atau apa yang disebut sebagai golongan profesional Sebenarnya bukanlah golongan profesional tetapi aktivis yang bukan ulama tetapu komited terhadap perjuangan Islam seperti yang berlaku dalam Revolusi Iran.

Dalam PAS, yang terkenal tentunya Mohamad Sabu, Khalid Samad, Husam Musa, Hatta Ramli, Mahfuz Omar telah menyegarkan PAS yang sudah lesu pada awal 80-an. Masa itu kami guna istilah mandom untuk menggambarkan ustaz-ustaz yang tidak dapat memahami politik.

Ketika itu kami di Harakah pada tahun 1989. berrsana Zul Sulung, Ahmad Lutfi Othman, Bakar Haq atau Penarik Beca, Zulkifli Yahaya, Taufek Yahya atau Ahmad Tajdid, Dato' Tarmizi Mohd Jam, Mohd Nasir Awang, Redhuan D. Oon dan Ridzuan Tee sudah bercakap mengenai Negara Kebajikan bagi menggantikan Negara Islam. PAS perlu menjadi parti untuk semua irang Islam dan bukannya untuk orang Melayu atau orang Islam saja.

Ada ahli jawatankuasa PAS Pusat yang pernah aktif dalam ABlM nenerima pandangan kami Acapkali juga saya menulis rencana pengarang di Harakah mendokong gagasan Negara Kebajikan.
Saya berhujah kalau Iran tidak dapat memberi kebajikan kepada rakyatnya akhirnya republik Islam itu akan tumbang juga.

 Kami juga pernah berbincang dengan Ketua Penerangan PAS yang bertanggungjawab terhadap Harakah, Daeing Sanusi Daeing Mariok tentang perlunya penekanan terhadap aspek Tamadun dalam memperjuangkan Islam. Bukan saja soal hukum hakam dan fiqh. Pak Daeing yang latar belakangnya ialah pengajian Usuluddin amat setia pada Fadzil Nor dan beliau tidak bermasalah untuk mengundurkan diri apabila dikritik.

Beliay mencadangkan istilah Taqadum. Beberaoa tahun jemudian Harakah menetbitkan majalah Tamadun bagi menggantikan majalah Dunua Islam.

Pada masa itu ustaz-ustaz tidak cukup ramai atau bertenaga untuk menggerakkan parti. Tetapi mereka terutamanya Fadzil Nor membuka tangan kepada aktivis aktivis bukan ulama ini. Fadzil Nor kata hubungan antara ulama dan profesional mestilah kompak untuk membawa kejayaan parti.

Pada saya, dia kata gerakan Islam perlu juga wartawan seperti saudara. Beliau mengajak saya menyertai rombongan rakyat Malaysia untuk menemui Saddam Hussein sebaik saja sebelum Iraq diserang. Turut serta dalam rombongan itu ialah Kassim Ahmad, SM Idris dan Muhyidin Kadir dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang, CAP dan bekas aktivis PSRM. Kassim Ahmad bekad ketua PSRM ketika itu sudah menyertai UMNO.

Fadzil Nor adalah seorang pemimpin inklusif. Begitu juga dengan Yusof Rawa. Mereka tidak pernah menegur Harakah ketika saya mengendalikan akhvar walaupun ketika itu saya mengambil aliran pro-Iran dalam isu-isu antarabangsa.

Bagi Fadzil Nor, beliau tidak bermasalah untuk memimpin orang orang bukan ustaz. Beliau juga tidak bermasalah dipimpin oleh orang bukan ustaz iaitu Anwar Ibrahim semasa dalam ABIM. Fadzil Nor juga merestui penubuhan Majlis Perunding Komuniti (CCC) yang dianggotai oleh orang Cina di Perak Langkah perintis ini yang membuka keadaan di mana ada orang Cina mengundi PAS.

Tetapi apa yang menggerakkan PAS antara lain ialah penyokong, ahli dan aktivis dari kalangan bukan ustaz. Mereka komited dengan memberi derma dan tenaga sukarela untuk menjayakan kegiatan parti. Mereka bukan saja komited pada parti tetapi kepada Islam itu sendiri.

Nereka menghantar anak-anak mereka ke tadika Islam, sekolah agama dan menghantar belajar ke Mesir, Jordan, Syria dan Yaman untuk menjadikan mereka bukan saja ulama tetapi pejuang Islam dalam suasana demokrasi Malaysia.

Banyak antara mereka yang menjadi pelapis dalam parti. Dalam PAS sudah ada banyak ustaz berbanding dulu. Tetapi banyak di antara mereka yang tidak dapat faham politik demokrasi dalan masyarakat berbilang kaum.

Iaitu jika dibandingkan dengan golongan profesinal seperti Khalid Samad dan Nizar Jamaluddin yang belajar di Britain. Begitu juga dengan Syed Azman. Atau Mohamad Sabu dan Husam Musa yang belajar dalam negara saja.

Saya PAS generasi 80-an. Saya tidak ikut serta PAS 90-an dan 2000-an terutama era pasca Fadzil Nor. Saya tidak kenal ulama ulama muda PAS. Satu saja yang saya lihat kesilapan Fadzil Nor iaitu beliau menaruh harapan dan melantik Ustaz Nasharudin untuk menjadi pemimpin masa depan PAS.

Peranan generasi 80-an hampir berlalu. Saya hadir dan melihat dari dekat muktamar PAS di DBP yang menjatuhkan Datuk Asri dan menaikkan kepimpinan ulama. Ketika itu saya adalah pemberita muda Utusan Melayu. Saya berulang alik dari pejabat PAS Jalan Pahang dan kediaman Datuk Asri di Tasik Titiwangsa untuk mendapat scoop. Kepada saya dan Sidek Salleh wartawan Utusan Melayu, Datuk Asri buat pertama kali mengumumkan keluar parti dan menubuhkan Hamim. Di akhir hayatnya beliau menyertai UMNO.

Kalau ada kelapangan teringin juga saya hendak mengkaji pemikiran ustaz ustaz muda dalam PAS.

Terpulanglah pada mereka hendak menentukan gala maba PAS hendak tuju dan seterusnya mencorakkan politik negara. Mungkin PAS hendak betsekutu dengan UMNO dan menyertai Barisan Nasional. Terpulanglah.

Saya adalah sebahagian daripada generasi gagasan Fadzil Nor dan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang zamannya mungkin sudah berlalu.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

Follow by Email

.