Oleh Mohd Sofi Abdul Wahab
Saya
sebagai ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) mengharapkan semua
parti komponen PR dan pimpinannya bersabar dan kasihanilah rakyat
Malaysia, Oleh itu di bawah ini saya nukilkan harapan saya kepada
mereka.
PR adalah harapan rakyat, jangan kecewakan kami dengan perpecahan
Pakatan Rakyat yang jelas mendapat kepercayaan rakyat lebih dari BN pada
PRU 13
Hentikan segala serangan sesama sendiri. Jangan bazirkan masa
menghentam rakan PR yang lain kerana musuh kita sebenarnya adalah
Umno/BN yang sedang menekan rakyat dengan dasar zalim dan tidak memberi
kesejahteraan kepada rakyat.
Cari jalan untuk berbaik-baik bukannya mencari jalan untuk semakin
renggang dan seterusnya berpecah. Semua pihak mesti berlapang dada,
lupakan kisah lama, duduk semeja dan berbincang.
Ingatlah kepercayaan rakyat kepada PR semakin terhakis dengan sikap
pimpinan PR yang tidak matang bergaduh dan bergeser di dalam media tanpa
menunjukkan tanda untuk reda
Masa masih belum terlambat untuk menjernihkan suasana. Maaf
bermaaf-maafan, berjiwa besar, mengakui kelemahan diri dan seterusnya
memacu perjuangan dengan menghalakan segala tenaga, idea dan sumber
untuk menumbangkan Umno/BN.
Renung dan kenanglah jasa Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor,
Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar
Ibrahim serta pimpinan DAP yang ada sekarang yang merintis jalan dan
denai memberi sinar baru kepada rakyat Malaysia yang sekian lama
ditindas dan dihimpit oleh sistem pentadbiran BN.
Jangan mensia-siakan harapan dan jasa pimpinan terdahulu dan sekarang
yang berjaya membawa PR ke tahap yang hebat seperti semasa PRU 12 dan
PRU 13.
Cuba selami kesusahan dan penderitaan rakyat yang amat dahagakan
kepimpinan alternatif kepada kepimpinan BN yang korup, menyeleweng,
rasuah, tidak amanah, boros dan sebagainya.
Apakah kita mahu membiarkan BN terus memerintah negara hanya kerana nafsu politik amarah dan tidak matang kita.
Mana janji kita yang sentiasa komited untuk hormat menghormati di
antara satu sama lain,bersetuju untuk tidak bersetuju dan komited untuk
membentuk Malaysia baru dengan sistem keadilan, telus dan berkebajikan.
Berjiwa besar, maaf memaafi, insaf kelemahan diri masing-masing dan
berlapang dada dengan semua kesalahan dan kesilapan lalu. Jika
masing-masing ikhlas untuk berjuang kerana Allah, keadilan,
rakyat dan
demokrasi maka mari sama-sama kita melangkah gagah melupakan
persengketaan dan berjuang bersama menumbangkan BN bagi menyelamatkan
rakyat dan negara.
* Mohd Sofi Abdul Wahab ialah yang dipertua PAS Bukit Katil.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment