Home » » Ketua Pemuda Pas: Nik Abduh cabar Suhaizan

Ketua Pemuda Pas: Nik Abduh cabar Suhaizan

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
menyatakan kesediaan untuk mencabar Suhaizan Kaiat bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas.

Beliau berkata, keputusan untuk bertanding jawatan tersebut dibuat setelah menilai pandangan rakan-rakan seperjuangannya serta meneliti beberapa faktor yang mewarnai iklim perjuangan politik Pas pada masa ini.

“Saya dengan ini, selepas mengumpul kembali kekuatan jiwa kepemudaan, dengan rendah diri menerima pencalonan untuk posisi Ketua Dewan Pemuda Pas.

“Semoga Allah memberkati keikhlasan perjuangan ahli Pas dengan pimpinan parti yang bertakwa dan berilmu,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini.

Nik Mohamad Abduh akan berentap dalam pertandingan satu lawan satu menentang Suhaizan setelah Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi; Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari menarik diri daripada persaingan tersebut.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu pernah menjadi Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas penggal lalu dan beliau dijangka memberi tentangan sengit kepada Suhaizan untuk mempertahankan jawatannya pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 di Kuala Selangor mulai 4 hingga 6 Jun ini.

Sementara itu, Muhammad Khalil dalam kenyataan melalui laman Facebook miliknya malam tadi mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.