KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan
Muktamar Pas Ke-61
pada Jun ini bakal menjadi medan perhitungan bagi
membersihkan parti berkenaan daripada kumpulan sekular yang tidak mahu
menerima dasar parti itu dalam memperjuangkan Islam. Abdul Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu memberitahu, pertelingkahan dan perbalahan
pendapat dalam kalangan ahli Pas sudah lama berlaku seawal tahun 1960.
“Sejak saya aktif dalam Pas pada 1964, saya sudah melihat perbezaan
pendapat ini berlaku apabila orang yang berhimpun dalam Pas terdiri
daripada golongan pemikirannya yang maju, ada yang sederhana dan ada
pula kumpulan yang menzalimi diri sendiri iaitu kumpulan yang suka
mengambil kesempatan.
“Oleh itu apa juga berkaitan dasar, kita
tidak berganjak manakala perbezaan pendapat kita akan bermesyuarat, maka
keputusan mesyuarat akan kita terima, kepada ahli yang berpecah (tidak
menerima keputusan) mereka perlu keluar daripada parti ini.
“Kita tidak bersetuju untuk menjadikan Pas parti sekular, ada dalam
kalangan kita hendak buang perkataan Islam, tidak boleh bercakap pasal
Islam, itu kita tidak boleh terima,” katanya.
Beliau berkata
demikian ketika diminta mengulas mengenai jalan penyelesaian Pas untuk
menamatkan krisis dalaman parti berkenaan dalam sesi bicara di MyHarakah
Bazar, di sini semalam.
Pemilihan Jawatankuasa Pusat pada
Muktamar Pas Ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor bakal menyaksikan
pertembungan antara dua kumpulan iaitu Anwarinas dan golongan ulama
dalam perebutan jawatan tertinggi parti itu.
Sebelum ini, ahli
di peringkat akar umbi juga telah memberi isyarat awal untuk membebaskan
Pas daripada cengkaman puak Anwarinas apabila jumlah pencalonan dalam
kalangan pemimpin ulama jauh lebih tinggi berbanding calon-calon yang
berada dalam kem Anwarinas.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata,
apa yang lebih penting ialah perjuangan Pas perlu konsisten berteraskan
disiplin, adab, akhlak dan roh melalui perhitungan dosa dan pahala.
“Cuma kita tidak menafikan ada orang di luar sana yang tidak beradab,
dalam keluarga juga ada yang tidak beradab apatah lagi dalam parti,”
katanya.
Tegasnya, antara cabaran utama politik hari ini adalah
kewujudan fahaman sekular yang tidak menempatkan Islam dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial.
Ketika ditanya mengenai cadangan
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan
Ismail untuk mewujudkan semula Kabinet bayangan pembangkang, Abdul Hadi
berkata, kemenangan pada pilihan raya umum adalah lebih penting.
“Kalau tidak masuk nama saya pun tidak mengapa tetapi apa yang lebih
penting adalah untuk menang, bagaimana kita mahu merealisasikan
kemenangan, siapa menjadi menteri pun tidak mengapa,” katanya.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment