Home » » Kita perlu menghormati kebebasan dan menjaga batas - batas islam ..

Kita perlu menghormati kebebasan dan menjaga batas - batas islam ..


Oleh Zaharudin Muhammad.

Salam semua!

Saya melihat mutakhir ini ramai yang menyerang keperibadian Al-Fadhil Ustaz Ahmad Awang. Saya memahami ada sesetengah yang tidak sukakan Al-Fadhil Ustaz Ahmad Awang lantaran beliau mencabar Presiden PAS dalam muktamar terdekat.

Pun begitu, kita perlu menghormati kebebasan untuk bertanding dan dalam masa yang sama menjaga batas-batas Islam dalam berkempen.

Saya menyeru sahabat-sahabat dan kenalan saya untuk tidak menyerang keperibadian beliau dan mana-mana calon bertanding.

Kita berprinsip untuk mengkritik pandangan peribadi, bukan keperibadian, khususnya apabila ia berkaitan dengan dasar PAS, Islam dan hukum hakamnya yang boleh mengelirukan orang ramai.

Pada masa itu kita bukan menyerang keperibadiannya, tetapi menjawab pandangan yang mengelirukan dan poin-poin serta fakta-fakta yang berkaitan. Atau dengan kata lain menyelematkan orang ramai daripada kekeliruan.

 Prinsip ini sebagaimana Rasulullah menegur para sahabat secara terang-terangan apabila ia melibatkan kesilapan yang dilakukan secara terang-terangan.
- Sekian.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

  • Hidup Peneroka Terjejas - *SELEPAS* pilihan raya umum ke14 bayaran hasil jualan kelapa sawit mentah masih lagi berlaku kelewatan sehingga menjejaskan kehidupan para peneroka untuk...
    3 weeks ago

Blog Archive

Follow by Email

.