Oleh Suhaizan Bin Kaiat
1
. Ramai yang bertanya apakah halatuju saya untuk membawa Pemuda PAS
dalam sessi akan datang. Saya ingin jelaskan bahawa halatuju saya adalah
mempersiapkan Pemuda PAS Malaysia sebagai generasi kemenangan bagi
menghadapi pilihanraya ke-14 akan datang.
2. Perkembangan politik
negara pada masa ini menunjukkan desakan yang semakin kuat ke arah
perubahan dalam menggantikan regim UMNO Barisan Nasional yang telah
sekian lama berkuasa. Regim yang berleluasa memerah hasil bumi negara
ini sehingga ke paras hutang negara dan isirumah yang menjerut leher
serta keruntuhan akhlak dan moral rakyat ke tahap yang terendah dan
sangat menakutkan.
3. Parti pemerintah UMNO pada masa ini
menghadapi masalah dalaman yang cukup rumit. Pertembungan antara Dato
Sri Najib dan Tun Dr Mahathir sudah sampai di kemuncaknya. Sama ada Dato
Sri Najib menang atau Tun Dr Mahathir yang menang, UMNO tetap akan
tercedera untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. Rakyat akan terus
menolak BN dalam pilihanraya akan datang. InsyaAllah Pakatan Rakyat akan
menjadi pilihan rakyat Malaysia dalam pilihan raya akan datang.
4. Adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk memastikan bahawa Pemuda PAS
bukan sekadar menjadi penumpang atau tempelan kepada perubahan yang
diinginkan, sebaliknya menjadi teraju utama, perencana agenda dan pemain
terpenting yang tidak mungkin dikesampingkan. Justeru generasi
kemenangan ini mesti dipersiapkan di setiap jiwa para pemuda PAS untuk
menghadapi kemenangan dalam tempoh tidak sampai 3 tahun daripada
sekarang. Inilah yang sepatutnya diberi fokus Pemuda PAS pada sessi akan
datang.
5. 18 bulan yang yang telah dilalui dalam sessi
2013-2015 adalah terlalu pendek. Pemuda PAS Malaysia telah melaluinya
dengan penuh cabaran ditengah-tengah masalah dalaman dan kegelisahan
rakyat terhadap halatuju PAS waktu ini. Dalam tempoh 18 bulan Pemuda PAS
Malaysia hanya boleh bergerak dengan berkesan pada 9 bulan kedua
selepas rombakan kecil exco Pemuda PAS Malaysia sejurus muktamar yang
lepas. Rombakan terhadap jawatan Setiausaha dan Ketua Penerangan Pemuda
PAS telah banyak membantu pergerakan pemuda berbanding sebelum muktamar
yang lepas.
6. Hasilnya Pemuda PAS dapat mencetuskan dan
melaksanakan idea Projek Rumah Budiman. Ini adalah projek rumah mangsa
banjir di Kelantan. Setakat ini Pemuda PAS telah mengutip dana lebih
daripada setengah juta ringgit Malaysia. 5 buah rumah telah siap dibina
dan 10 buah lagi dalam proses pembinaan. Kerajaan Persekutuan baru
menyiapkan 6 buah rumah sahaja setakat ini. Jika perbandingan dibuat di
antara prestasi sebuah kerajaan dan sebuah sayap parti maka prestasi
pemuda PAS lebih baik daripada Kerajaan Persekutuan.
7. Pemuda PAS juga telah menjadi sekretariat Himpunan Hari Pekerja #batalGST
pada 1hb Mei 2015 yang lepas. Parti politik dan NGO telah bersama dalam
penganjuran himpunan ini. Ribuan rakyat Malaysia tidak kira agama
mahupun bangsa telah hadir membantah GST. Mereka berarak dan berkumpul
di hadapan KLCC. Kerajaan BN rasa tergugat dengan himpunan ini telah
membuat tangkapan terhadap pimpinan utama NGO dan Pakatan Rakyat. Inilah
sedikit sumbangan Pemuda PAS Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia
yang tertindas.
8. Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) dibawah
Pemuda PAS Malaysia telahmenjadi kebangaan semua apabila telah memiliki
lebih 100 ribu pelajarnya pada tahun ini. PASTI telah menjadi pusat
asuhan kanak-kanak pra-sekolah swasta yang terbesar dalam negara ini.
Pemuda PAS telah dan sedang mengembangkan pendidikan diperingkat sekolah
rendah pada waktu ini.
9. Dalam meredakan kehangatan politik
dalaman PAS mutakhir ini. Pemuda PAS Malaysia telah mengangkat idea
Presiden PAS Dato Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan
menganjurkan Nadwah Fiqh Ikhtilaf(Seminar Perbezaan Pendapat). Seminar
ini mendedahkan kepada peserta berkenaan adab-adab dalam menguruskan
perbezaan pendapat. Kehadiran peserta seluruh negara yang sangat
membanggakan memberi isyarat adanya cahaya dihujung trowong yang mahukan
pendekatan politik budiman iaitu satu pendekatan politik sederhana
dalam PAS.
10. Prestasi Pemuda PAS Malaysia dalam sessi lepas
telah menjadi bukti kesungguhan pemuda untuk menjadi pengisi kepada
kemenangan selepas pilihanraya ke-14 akan datang. Soalnya apakah
rekabantuk generasi kemenangan ini?
11. Generasi kemenangan yang
diimpikan oleh Pemuda PAS Malaysia adalah mereka yang memiliki tarbiyah
harakiyah Islamiyah yang bersifat KAFFAH iaitu menyeluruh. Saya ingin
mengagasan Pemuda Al-Helmy sebagai gagasan pemuda kemenangan. Pemuda
Al-Helmy adalah Pemuda yang memiliki pakej Rabbani, Faqih dan Haraki.
12. RABBANI merujuk kepada pengukuhan tarbiah ruhiyyah yang mantap
sehingga melahirkan nafsiah muslimah iatu jiwa yang mantap dengan
tazkiyatun nafs yang konsisten dan bersungguh-sungguh. Keutuhan ruh
inilah yang akan meniupkan daya juang untuk terus konsisten. Pemuda
RABBANI juga adalah pemuda yang memelihara ukhuwwah Islamiyah dan
menyantuni para muslimin khususnya kepada sahabat-sahabat
seperjuangannya. Proses tazkiyatun nafs ini juga melahirkan para pemuda
yang tawadhuk dan mudah berlapang dada dalam menyantuni ikhtilaf di
kalangan para aktivis pemuda. Pemuda RABBANI bijak menangkis anak panah
fitnah yang beracun sama ada daripada menembusi tubuh saudaranya atau
tubuhnya sendiri.
13. FAQIH merujuk kepada sifat aqliyah
muslimah iaitu minda yang mantap dengan fikrah dan kefahaman Islam yang
sahih dan syumul. Sheikh Dr Yusuf al Qaradhawi menyebutkan bahawa rijal
al taghyir (generasi perubahan) hendaklah berusaha menguasai dua
peringkat fiqh yang penting iaitu Fiqh al Shar’i atau Fiqh al Nusus dan
Fiqh al Waqi’. Fi al Nusus bermaksud memahami nas-nas syarak dan maqasid
di sebalik nas-nas tersebut. Fiqh al Waqi’ pula bermaksud memahami
realiti semasa berdasarkan maklumat-maklumat yang mendalam dan tepat.
Justeru Pemuda PAS harus melipatkan usaha untuk memantapkan pemahaman
terhadap nas –nas Al Quran dan Al Sunnah melalui pelbagai platform
majlis ilmu termasuklah usrah, kuliah, tamrin dan sebagainya. Pemahaman
terhadap nas mesti berjalan seiring dengan pemahaman terhadap realiti
semasa supaya perlaksanaan nas tidak kelihatan canggung lantaran
kecelaruan dalam menekuni realiti.
14. HARAKI bermaksud pemuda
yang sentiasa bergerak dalam pelbagai lapangan amal Islam dengan penuh
kompeten sehingga memberi manfaat kepada Ummah dan kejayaan kepada
Islam. Kunci kata kepada ciri HARAKI ini adalah AMAL dan KOMPETENSI.
Kita tidak mahu pemuda yang hanya berteori, berkuliah dan berwacana
tetapi tidak turun ke lapangan untuk merealisasikan amal Islami dan
menjadi khadam kepada rakyat. Amal biarpun ikhlas, tanpa kompetensi akan
menyebabkan amal tersebut tidak efisen dan berimpak tinggi. Justeru
Pemuda haruslah terus berusaha menajamkan kemahiran dan keupayaan dan
membina kepakaran dalam pelbagai bidang kerana kemahiran ini akan
memaknakan sumbangan kita kepada Ummah.
15. Nama Al-Helmy diambil
adalah daripada nama Yang Dipertua Agung PAS ketiga iaitu Dr
Burhanuddin Al-Helmy. Beliau yang mempunyai ciri-ciri rabbani, faqih dan
haraki telah berjaya meletakkan PAS dalam arus perdana gelanggang
politik Malaysia. PAS di bawah kepemimpinannya berjaya melonjakkan
jumlah kerusi parlimen daripada 1 kerusi dalam pilihan raya 1955 kepada
13 kerusi dalam pilihan raya 1959 selainberjaya menawan negeri Kelantan
dan Terengganu dalam pilihan raya 1959. Ciri rabbaninya telah memberi
ketahanan pada jiwanya yang ditahan beberapa kali dalam penjara. Ciri
Faqihnya dalam ilmu Fiqh al Nusus dan Fiqh al Waqi’ telah meletakkan
beliau setanding dengan pimpinan sezaman dengannya seperti Tunku Abdul
Rahman, Dato Onn Jaafar, Ahmad Boestamam dan lain-lain. Ciri harakinya
telah membawa beliau terjun ke tengah-tengah masyarakat dengan membawa
idea-idea Islamik yang mampu dicerna dan diterima oleh masyarakat.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment