Oleh Muhammad Faiz Fadzil
Tahaluf siyasi (kerjasama politik) adalah kesinambungan strategi politik pimpinan terdahulu.
Barisan Alternatif (BA) adalah satu penerokaan baru politik tanahair
dimana dua party yg bertentangan dasar dan ideology iaitu pas dan dap
bergabung dan berkongsi perjuangan bagi menentang kezaliman dan
penyelewengan BN.
BA adalah usaha almarhum fadzil noor untuk
menegakkan prinsip islam yang bersifat universal dan daulat dalam sistem
pemerintahan.
Kesedaran almarhum fadzil noor tentang latarbelakang
sosio-ekonomi dan demografi melayu dan kaum lain di malaysia
(masyarakat majmuk) juga mendorong kepada permuafakatan politik kerana
adalah sukar bagi pas memenangi pilihanraya dengan bersendirian.
Pakatan Rakyat (PR) merupakan kesinambungan politik bijak yang didokong
oleh majority rakyat yang inginkan perubahan menyeluruh kepada
pemerintahan negara. Pembentukan kerajaan PR di beberapa buah negeri
telah memberikan banyak faedah kepada pemimpin pas dengan diamanahkan
jawatan penting di dalam kerajaan, badan kerajaan, glc dan organisasi
masyarakat. Rakyat mendapat manfaat apabila dakwah islam dapat
disampaikan dan model baiknya nilai dan akhlak islam dapat ditunjukkan.
Justeru:
Sanggupkah pas dan ahlinya melepaskan peluang yang baik ini?
Sanggupkah pas dan ahlinya menggadaikan amanah dan harapan rakyat yang sengsara ditekan BN?
Maka:
Ketegasan almarhum fadzil noor bahawa kerjasama politik tidak sesekali
membuatkan perjuangan pas terkeluar daripada orbit islam mestilah
difahami dan dinilai dengan waras dan bijak..
~Faiz Fadzil~ 25 Mei 2015
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment