Home » » Pemuda PAS Johor Buka Gelanggang Debat

Pemuda PAS Johor Buka Gelanggang Debat

Oleh Ustaz Zul hilmei Mohamad Rohani

Sukacita dimaklumkan bahawa Pemuda PAS Negeri Johor ingin menjemput 2 tokoh yang bertanding
bagi merebut Jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia. 2 tokoh tersebut ialah YB Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz, Ahli Parlimen Pasir Mas dan Sdr Suhaizan Kayat yang kini merupakan penyandang jawatan tersebut.

 Jemputan khas ini adalah untuk memberikan ruang dan peluang kepada calon-calon yang bertanding bagi mengemukakan visi & misi dalam merangka landskap politik negara terutamanya yang menjurus kepada agenda anak muda Malaysia.

 Perdebatan ini akan memberikan ruang bagaimana 2 tokoh ini mampu merealisasikan dakwah islam melalui jalur politik khususnya dalam merangka pentadbiran negara yang lebih dinamik dan mesra rakyat.

 Surat jemputan bagi kedua-dua tokoh ini akan dihantar secepat mungkin agar gagasan mereka berdua dapat dinilai oleh para perwakilan dalam Muktamar Pemuda PAS Malaysia yang akan berlangsung pada 3 dan 4 Jun ini.

 Sekian, terima kasih.

 Ustaz Zul hilmei Mohamad Rohani
Naib Ketua,
Pemuda PAS Negeri Johor

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.