Home » » Kalau awak tak yakin, sila pecat saya - Asmuni

Kalau awak tak yakin, sila pecat saya - Asmuni

Oleh Anne Muhammad

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi hari ini mengaku terguris perasaan apabila
kewibawaannya mengelolakan pemilihan parti itu dipertikaikan.

Beliau malah berkata sedia dipecat daripada jawatan itu jika terbuka beliau berat sebelah.

“Kalau ada cadangan yang baik sila bagi cadangan, jangan main tembak sahaja.

“Lainlah kalau kamu tidak yakin dengan saya sebab saya dilantik oleh Jawatankuasa Pusat (PAS).

“Saya sebenarnya sebagai manusia rasa terguris, Kalau awak tak yakin, sila pecat saya,” katanya yang kelihatan beremosi.

Pengamal undang-undang itu juga meminta pihak yang tidak berpuas hati supaya berterus terang supaya mudah jika beliau mahu mengambil tindakan undang-undang.

Beliau diminta mengulas kenyataan pemimpin PAS Kuala Nerus M Shukrimun Shamsuddin yang menggesanya meletak jawatan kerana didakwa berat sebelah.

Yang dipertuan PAS kawasan itu berkata terdapat suara menuntut Asmuni ditukar selepas rekod kerjanya pada sesi lepas.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.