Home » » Sejarah kekalahan PAS tanpa pakatan politik

Sejarah kekalahan PAS tanpa pakatan politik

Oleh Awang Malaya

Kalau mahu menilai kehebatan PAS, maka lihatlah keputusan pilihan raya umum 1978, 1982, 1986
dan 1995…..

PRU 1990 susah nak kira kekuatan sebenar PAS kerana bergabung dengan Parti Semangat 46, dan hasil gabungan itu memberi keuntungan yang sangat besar kepada PAS khususnya di Kelantan….

Manakala PRU 1999, 2004, 2008 dan 2013, sokongan terhadap PAS banyak dibantu oleh rakan dalam Pakatan iaitu PKR dan DAP terutamanya di pantai barat.

Sejak PAS bergelar ibu tunggal selepas bercerai dengan Barisan Nasional dalam tahun 1977, Pilihan raya Umum 1978 ialah pilihan raya pertama di mana PAS bertanding sendirian.

Bertanding sendirian

Keputusan PRU 1978, di Kelantan, PAS hanya menang 2 dari 36 Dun yang dipertandingkan, manakala untuk parlimen, PAS menang 2 daripada 10 kerusi.

Di Terengganu, BN menyapu bersih semua kerusi Dun dan parlimen yang dipertandingkan.
Di Kedah, PAS menang 7 daripada 26 Dun, dan gagal memenangi sebarang kerusi parlimen.
Di Pulau Pinang, PAS menang 1 daripada 26 kerusi Dun dan 1 daripada 9 kerusi parlimen.
Hanya itulah saja kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU 1978…. Maknanya, di parlimen, wakil rakyat PAS hanya 3 orang sahaja, iaitu 2 dari Kelantan dan 1 dari Pulau Pinang.

Paling malang

Pilihan raya umum 1982….. Di Kelantan, PAS menang 10/32 DUN, manakala untuk parlimen, PAS menang 4/12 kerusi di Kelantan…

Di Terengganu, PAS menang 5/28 kerusi DUN, dan gagal memenangi sebarang kerusi parlimen… Dun yang dimenangi oleh PAS ialah Rhu Rendang (Haji Abdul Hadi Awang), Batu Buruk (Wan Mutalib Embong), Wakaf Mempelam (Mustafa Ali), Manir (Harun Taib) dan Teluk Pasu (Abu Bakar Chik).

Di Kedah, PAS menang 2/26 kerusi Dun, dan menang 1/13 kerusi parlimen.
Di Perlis, PAS menang 1/12 kerusi DUN sahaja.

Hanya itu saja kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU 1982…. Di parlimen, PAS hanya ada 5 orang wakil rakyat, iaitu 4 dari Kelantan dan 1 dari Kedah.

Pilihan Raya Umum 1986, PAS menang 10/39 DUN di Kelantan, 2/32 DUN Terengganu, menang 3/28 DUN di Kedah dan 1/12 DUN di Perlis, di Parlimen hanya 1/13 kerusi parlimen negeri Kelantan iaitu di Pangkalan Chepa yang diwakili oleh Allahyarham Hj. Nik Abdullah Arshad, bapa kepada Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang… Itulah satu-satunya kerusi PAS di parlimen pada waktu itu.

Kerjasama APU

Pada Pilihan Raya Umum 1990 PAS dapat memerintah Kelantan hasil kerjasama dengan Semangat 46 di mana PAS menang semua 24 kerusi, Semangat 46 menang semua 13 kerusi, Berjasa dan Hamim masing-masing menang 1 kerusi dan BN kalah di semua 39 DUN. Di peringkat parlimen PAS menang kesemua 6 kerusi dan 7 kerusi di raih oleh Semangat 46…. BN kalah di semua kerusi parlimen.

Di Terengganu PAS menang 1 kerusi Parlimen dan satu oleh Semangat 46 dan di DUN Terengganu PAS hanya menang 3/32. Sementara itu di Kedah kemerosotan PAS amat ketara kerana hanya memenangi 1 DUN sahaja.

Pilihan Raya Umum 1995, PAS berjaya mempertahankan kemenangan di Kelantan dengan memenangi 24 kerusi, 12 kerusi oleh Semangat 46 dan BN berjaya merampas 7 kerusi DUN dari 41 yang dipertandingkan. Peringkat Parlimen PAS menang 6 kerusi sementara Semangat 46 menang 6 dari 8 kerusi yang bertanding, iaitu kalah di Peringat dan Jeli.

Di Terengganu PAS masih mengekalkan satu kemenangan di Parlimen Marang.

Barisan Alternatif

Pilihan Raya Umum 1999 merupakan lonjakan pengaruh PAS di seluruh negara ekoran perpecahan UMNO apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO. PAS Kelantan meningkatkan kemenangan kepada 41/43 DUN. Pilihan raya kali ini PAS bekerjasama melalui Barisan Alternatif (BA) iaitu melibatkan DAP, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan PRM. Di Kelantan Keadilan tidak bertanding di DUN dan hanya bertanding 3 Parlimen dengan memenangi kesemuanya sementara PAS bertanding 11 Parlimen tetapi tewas 1 iaitu di Gua Musang.

Kejayaan pilihan raya atas nama BA juga membolehkan PAS memerintah Terengganu apabila memenangi 28/32 kerusi DUN dan kesemua 8 Parlimen yang mana Parlimen Kemaman di wakili oleh Keadilan. Bagi negeri-negeri lain kerjasama BA telah berjaya memenangi 8 DUN di Pahang ( 6 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan ), di Selangor 6 DUN (4 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan), di Kedah 12 DUN PAS dan 8 Parlimen PAS, di Perak 4 DUN (2 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan) serta 3 Parlimen ( 2 PAS, 1 DAP ), di Pulau Pinang 2 DUN (1 PAS, 1 DAP) dan satu Parlimen,di Perlis 4 DUN PAS.

Pada Pilihan Raya Umum 2004 BA hanya disertai oleh dua Parti Politik iaitu PAS dan PKR kerana DAP telah menarik diri dari BA. Pertukaran kepimpinan BN dari Dr Mahathir kepada Abdulah Ahmad Badawi mewujudkan senario baru iaitu pengundi ingin melihat perubahan selepas era Dr Mahathir.

Suasana ini meninggalkan kesan kepada BA dengan jatuhnya kerajaan PAS Terengganu yang hanya memenangi 4/32 DUN, di Kelantan 23/21 dan memenangi 6 kerusi Parlimen, di Pulau Pinang hanya memenangi 1 DUN. Di Perlis juga 1 DUN, di Kedah 5/36 dan peringkat Parlimen hanya 1/15.

Namun PAS mencatat sejarah baru apabila kali pertama memenangi 1 DUN di Johor di DUN Senggarang yang di wakili oleh Dr. Ramli bin Mat Kari yang menang tanpa bertanding. Bagi negeri-negeri lain yang pernah meraih kemenangan pada pilihan raya 1999 kecundang untuk mendapat sebarang kerusi sama ada PAS atau pun Parti Keadilan Rakyat.

Pakatan Rakyat

Tsunami politik telah melanda Malaysia dalam pilihan raya umum ke 12, Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP telah berjaya memerintah 5 negeri, mengekalkan Kelantan, membentuk kerajaan di Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang disamping itu menafikan majoreti 2/3 di Dewan Rakyat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sejak 11 kali pilihan raya umum diadakan. Gabungan Pakatan Rakyat memenangi 82 kerusi Dewan Rakyat daripada 222 yang di pertandingkan 11/15 di Kedah, 12/14 di Kelantan, 1/8 di Terangganu, 11/13 di Pulau Pinang, 11/24 di Perak, 2/14 di Pahang, 10/11 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 3/8 di Negeri Sembilan, 1/6 di Melaka, 1/26 di Johor, 1/25 di Sabah dan 1/31 di Serawak.

Sementara itu sebanyak 197 kerusi Dewan Undangan Negeri menjadi milik Pakatan Rakyat daripada 505 yang dipertandingkan dengan pecahan PAS 84, DAP 73, PKR 40. Suasana ini memperlihatkan bahawa Pakatan Rakyat berjaya menghantar wakil ke dalam semua Dewan Undangan Negeri sepertimana pecahan berikut, 2/15 di Perlis, 22/36 di Kedah, 39/45 di Kelantan, 8/32 di Terengganu, 29/40 di Pulau Pinang, 31/59 di Perak, 4/42 di Pahang, 36/56 di Selangor, 15/36 di Negeri Sembilan, 5/28 di Melaka, 6/56 di Johor, 1/60 di Sabah.

Pasca Pakatan

Begitulah kehebatan PAS…. Orang yang kata PAS boleh berjuang sendiri dan tak perlu bergabung dengan parti lain, jentera pilihanraya PAS paling hebat dalam dunia, PAS boleh hidup sendiri, itu semua kenyataan dari orang yang baca sejarah…..

Wakil Rakyat PAS yang mendabik dada kononnya kemenangannya dalam pilihanraya adalah kerana kekuatan PAS, bukan kerana pertolongan dari PKR dan DAP, itu kenyataan yang bongkak, angkuh, dan bodo-sombong.

Haji Hadi dan lebai-lebai yang semazhab dengannya hanya seronok menjadi pembangkang, dan tidak pernah bersedia untuk jadi pemerintah, manakala kuncu-kuncu di peringkat bawah pula hanya seronok menyokong PAS sebagai parti pembangkang sahaja…

Seronok sokong pembangkang ni… Lebih-lebih lagi pembangkang yang pakai jaket ulamak Islam…. Sokong parti pemerintah tak seronok….

Apatah lagi jika kemenangan itu hasil gabungan dengan orang yang gila kuasa seperti Anwar Ibrahim dan parti kapir seperti DAP…. PAS tak mahu…. PAS tidak gila kuasa… PAS tak mahu jadi pemerintah….

Ulamak PAS tidak bersedia…. Tok lebai PAS cuma mahu glamour sebagai tokoh pembangkang sahaja…. Sebahagian penyokong PAS dari jalur UG  hanya mahu menyokong PAS sebagai parti pembangkang sahaja… Haji Hadi ialah seorang agamawan, tetapi dia bukan seorang negarawan.
Saya mengundi dalam pilihanraya dengan harapan untuk memilih samada mengekalkan kerajaan atau menukarkannya….

Saya bukan mengundi sekadar untuk memilih wakil rakyat pembangkang yang sedap ceramah. Saya akan mengundi parti yang diketuai oleh orang diyakini mampu menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri jika partinya menang pilihanraya.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.