Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
Rasanya ramai orang perlu rasional dan berpijak di bumi sekalipun ada pertandingan untuk jawatan presiden.
PAS bukan daulah yang dipimpin oleh khalifah, bukan kumpulan tariqat yang diketuai oleh wali mursyid dan bukan jamaah tanpa perlembagaan yang diketuai oleh amir.
PAS diketuai oleh presiden yang tertakluk kepada perlembagaan. Jika semua ahli PAS tertakluk kepada perlembagaan, kenapa presiden boleh terkecuali pula?
Rasionallah. Biarkan pertandingan itu berlaku jika ada. Usahlah letakkan seseorang pada makam suci yang tidak boleh disentuh dan diusik.
Jika Umar sendiri bersyukur kepada Allah kerana ada umat Muhammad yang bersedia membetulkan kesilapannya dengan pedang, takkanlah zaman-zaman selepas beliau wujud orang yang tak boleh ditentang dalam muktamar?
Lebih muliakah orang itu berbanding Umar?
Hidup Peneroka Terjejas
-
*SELEPAS* pilihan raya umum ke14 bayaran hasil jualan kelapa sawit mentah
masih lagi berlaku kelewatan sehingga menjejaskan kehidupan para peneroka
untuk...
3 months ago
0 comments:
Post a Comment