Oleh Mohd Sayuti Omar
Kini para perwakilan muktamar Pas telah dituba dengan dua keadaan
berbeza di antara satu sama lain. Satu pihak memberi amaran sekiranya AA
(Ahamad Awang) menang jawatan presiden Pas, dia akan menjadi boneka
DAP. Saya tidak arif dari sudut mana AA akan jadi boneka DAP. Apakah
serapuh itu iman AA untuk menukar akidah perjuangan Pas kepada sosialis?
AA bukan semalam atau setahun lepas menyertai Pas dan beliau beliau
pernah berada dalam kepimpinan tertinggi parti.
Jadi hujah ini tidak masak dan tak boleh dibawa ke dalam akal. Hujan
daripada orang yang "lembu" politik, dan lebih gemar membuat fitnah.
Orang suka membuat fitnah akan berkata demikian kerana dia kekeringan
hujah-hujah yang praktikal.
Manakala satu lagi keadaan, ada pihak
mengatakan kalau AHA (Hadi Awang) terus jadi presiden Pas, maka
hubungan Pas dengan Pakatan akan runtuh dan hancur. Pas akan dibawa
bergabung dengan Umno atas kepentingan bangsa dan agama.
Sama
juga dengan alasan yang diberikan kepada AA tadi, saya secara peribadi
tidak boleh menerima sepenuhnya hujah itu, khasnya Pas akan bekerjasama
dengan Umno.
Saya tidak nampak Umno sedia untuk berkahwin kontrak
dengan Pas. Saya tidak fikir AHA sedia mengkhianati harapan ahli Pas.
Dan yang penting untuk mengkhianati amanah dan pesaka Nik Aziz. Dan
kalau pun tergila-gila nak bersama Umno, pasti parti itu akan tolak,
kerana Umno ibarat suami yang sudah cukup kuota dalam perkahwinannya.
Mungkin kalau setakat nak jadikan gudik Umno, boleh. Masakan Pas sedia
jadi gundik?
Kenapa saya berkata begitu, kerana MCA, Gerakan, MIC
dan parti2 sekular lain dalam komponen BN akan tolak kalau Pas ingin
dikahwinlkan dengan Umno. Hari ini pun Gerakan sudah melaung kepada
tindakan AHA hendak bawa RUU ke parlimen. Ertinya kalau Pas tergila-gila
juga kepada Umno ibarat kata dia akan kecewa dan frust menungginglah.
Sebaliknya saya lebih percaya Pas berada dalam keadaan "rokrak" lemah
dan tidak mantap kalau AHA terus jadi presiden. Hakikat ini dapat
dilihat kepada keadaan yang ada hari ini. Kenapa beliau dicabar, dan
Pas kini berpuak-puak macam kumpulan budak hitam dan serigala cari makan
malam, ianya tidak lain dan tidak bukan kerana kurangnya integriti AHA
sebagai presiden. Beliau telah gagal meletakkan Pas menjadi sebuah parti
mantap, punyai ukhwah Islamiah yang utuh sebaliknya mudah diperkotak
katikkan oleh musuh Pas, baik daripada Umno dan juga DAP. Wassalam
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment