Home » » Tidak timbul isu perebutan jawatan Presiden

Tidak timbul isu perebutan jawatan Presiden

KUALA LUMPUR: Tidak timbul isu perebutan jawatan Presiden antara sesama ahli parti kerana ia
adalah hak demokrasi dalam PAS, tegas bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang.

Beliau berkata, walaupun persetujuannya untuk menerima pencalonan sebagai Presiden PAS bukan kali pertama selepas Presiden PAS sebelum ini, Dr Burhanuddin Helimi yang dicabar oleh Prof Zulkifli Mohamad, ia tidak menimbulkan masalah kerana merupakan hak demokrasi yang di
calonkan dan mencalonkan.

Katanya, tidak timbul pertandingan antara satu dengan lain dalam parti politik kerana berdasarkan pertandingan antara Burhanuddin dan Zulkifli, tidak pernah timbul pergeseran antara kedua-dua pihak.

Ahmad berkata, beliau juga mengambil keputusan untuk bertanding bagi jawatan tersebut dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama politik antara PAS dan Pakatan Rakyat yang seringkali menimbulkan pelbagai persepsi dalam masyarakat.

Beliau menegaskan, dalam usaha Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, pengukuhan parti dalam Pakatan Rakyat perlu diperbaiki terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Ahmad berkata demikian kepada pihak media di perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, pada 14 Mei lalu selepas menghantar borang pengesahan penerimaan pencalonan jawatan berkenaan.

Sementara itu, Ahmad berkata, beliau hanya menerima pencalonan untuk jawatan Presiden sahaja walaupun turut menerima pencalonan untuk jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Pemeriksa Kira-Kira.

Beliau juga menyatakan menerima pencalonan tersebut setelah berfikir panjang dan tidak mahu mengecewakan rakan-rakan yang telah mencalonkannya.

Pada 21 Mac lalu, Ahmad yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Perak telah mendapat pencalonan pertama sebagai Presiden PAS dari kawasan Parit Sulong, Johor.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.