Oleh Abd Shukur Harun
KETIKA warga PAS, para tetamu dan pemerhati
sedang mengikuti Muktamar Tahunan PAS ke-61 selama tiga hari, ramai yang
terkenang akan tiga tokoh utama pemimpin yang melakar sejarah parti
itu.
Ketiga-tiganya ialah Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa,
Allahyarham Ustaz Dato’ Fadzil Mohd Noor dan Allahyarham Tuan Guru Dato’
Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Masih seperti terdengar dan terbayangkan
kehadiran ketiga-tiga tokoh ternama PAS ini akan ucapan mereka,
kata-kata lucu mereka dan pesan-pesan mereka. Semuanya kini menjadi
mutiara yang amat berharga bukan saja untuk dikenang, tetapi juga
dijadikan dorongan dalam mengekalkan semangat perjuangan di dalam PAS.
Walaupun
Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa hanya menjadi Presiden PAS
sekitar dua tahun lebih, tetapi Allahyarhamlah yang memimpin era
peralihan menetapkan PAS di bawah kepimpinan ulama. Juga mencetuskan
idea keterbukaan PAS, membina jambatan dengan orang di luar PAS,
termasuk bukan Muslim, yang bermula dengan CCC (Chinese Consultative
Council).
Kemudian di bawah pimpinan Allahyarham Ustaz Fadzil
Mohd Noor, PAS memperkukuh lagi sikap keterbukaan dan toleransi PAS itu
dengan bertahalluf siasi dengan Semangat 46 di mana dengan tahalluf
siasi PAS/Semangat 46 itu dapat memerintah Kelantan pada tahun 1990
hingga kini.
Kemudian tahalluf siasi itu dilanjutkan dengan
lahirnya Barisan Alternatif dan kemudian Pakatan Rakyat yang telah
mencapai kejayaan gemilang dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 di mana
Pakatan dapat majoriiti undi popular 51 peratus dan menghapuskan 2/3
majoriti BN di Dewan Rakyat.
Oleh itu, warga PAS akan terkenang
tiga tokoh terbilang ini dan saya yakin tidak ada di kalangan pendukung
PAS yang melupakan jasa mereka.
Putera mereka – Dr Mujahid Yusuf
Rawa, Faiz Fadzil dan Nik Omar serta Nik Abduh, meneruskan perjuangan
ayah anda mereka. Ertinya, mata rantai perjuangan antara ayah dan anak
tidak putus.
Ayah anda mereka sayangkan ahli PAS dari semua
golongan. Saya masih ingat, dalam ucapan penggulungannya di muktamar PAS
di Putik Kota Bharu, iaitu ucapan terakhirnya sebelum meninggal dunia
beberapa minggu kemudian, Allahyarham Ustaz Fadzil menyatakan: “Saya
seperti enggan berhenti menyampaikan ucapan ini kerana saya enggan
berpisah dengan muktamirin sekalian, saya sangat sayangkan anda semua.
Bagaimanapun saya terpaksa juga mengakhiri ucapan saya ini.” Kata-kata
Almarhum ini disambut dengan linangan air mata para muktamirin.
Demikan juga Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz di mana dalam sebuah
kuliahnya yang saya hadir sendiri menyatakan: “Ambo sangat sayangkan
hadirin/hadirat semua. Ambo sayang kerana Allah dan Rasul- Nya.”
Ini menunjukkan setiap pemimpin sentiasa menyayangi mereka yang
dipimpinnya. Hubungan ini tidak pernah putus dalam apa keadaan pun,
kerana ia sesuatu yang sangat berharga, iaitu hubungan kasih sayang
antara pemimpin dan pengikutnya.
Ini menunjukkan setiap pemimpin
sentiasa menyayangi mereka yang dipimpinnya. Hubungan ini tidak pernah
putus dalam apa keadaan pun, kerana ia sesuatu yang sangat berharga,
iaitu hubungan kasih sayang antara pemimpin dan pengikutnya. Untuk ini
saya teringat apa yang selalu dikatakan bahawa Nabi s.a.w. sangat
kasihkan umatnya, maka umatpun sangat sayangkan Nabi s.a.w.
Ketika akan menghadiri muktamar PAS di Kuala Selangor ini saya teringat
Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengajak saya dan beberapa teman
yang lain bersarapan di gerai makan sebelah Taman Melewar sebelum
menghadiri muktamar PAS di situ.
“Ambo ada lima puluh rial, ambo
belanja sarapan pagi ini,” katanya sambil menunjukkan wang itu yang
dibungkus dalam sapu tangannya.
Kami pun makan dan minum, dibelanja oleh Mursyidul Am Nik Abdul Aziz, pemimpin utama PAS.
Saya merasakan sangat terharu duduk di gerai, makan bersama dengan tokoh sehebat ini. Ini peristiwa 25 tahun lalu.
Beliau kelihatan berselera makan lontong dan tea tarik bersama kami.
Kemudian Allahyarham menunjukkan selendang yang disandang dibahunya dan
berkata: “Ini selendang Pak Cik Jamal (Jamal Kerdil) bagi, dia hendakkan
selendang ambo. Jadi kita tukar.”
Sementara itu, saya juga masih
terkenang Allahyarham Ustaz Fadzil ketika beberapa kali bersama makan
ayam kampung di restoran depan padang TPCA Kampung Baru bersama Azlan
Jan, Dr Syed Azman dan beberapa sahabat yang lain.
Di sini saya
masih ingat ucapan Allahyarham Ustaz Fadzil di muktamar PAS di mana
antara lain beliau menyebut: “Dulu pemimpin Umno memperlekeh PAS dengan
berkata, macam mana PAS hendak memerintah negara, mana ada golongan
profesional yang boleh mentadbir. Kini ribuan golongan profesional
menyertai PAS. Jadi kita boleh memerintah negara.”
Allahyaram
sangat gembira akan kemasukan pelbagai golongan dalam PAS – golongan
profesional, anak muda, petani dan nelayan, bekas pegawai kerajaan,
pendidik dan lain-lain. Mereka berkumpul dan berpadu di bawah bumbung
PAS. Menerima tarbiyah berterusan, mendengar ceramah dan kuliah,
sama-sama bergerak di tengah masyarakat.
Ketika itu Pusat
Tarbiyah, Taman Melewar menjadi mercu tanda kebangkitan PAS. Di situlah
bermuktamar, di situlah berseminar dan disitulah segala-galanya.
Teringatlah saya petugas Pejabat Agung yang sangat setia – Zubir,
Taufek, Anuar, Allahyarham Syed Muhamad dan Ustaz Rahim Saidin, Noriah,
Allahyarhamah Ustazah Hayati serta beberapa petugas lain, yang amat
setia kepada parti.
Ketika akan menghadiri muktamar PAS kali ini,
tentunya saya akan terkenang masa lampau akan liku-liku perjuangan PAS
selama ini yang pendukungnya dibasahi keringat dan air mata.
Generasi baru yang kini berada di dalam PAS sewajarnya jangan lupa akan
jasa dan pengorbanan mereka ini. Taman Melewar dan Allahyarham Ustaz
Hassan Shukri yang menjadi arkiteknya, menjadi begitu terkenal di dalam
dan luar negara.
Ramai pemimpin gerakan Islam dunia – Ikhwanul
Muslimin, Jamaat Islami Pakistan, Hamas, pemimpin Islam dari Bosnia
Herzegovina, tokoh ulama terkenal dunia, Abol Hasan Ali An-Nadawi, Prof
Necmettin Erbakan itu pemimpin Refah, Turki, Muhammadiyah, Dewan Dakwah,
Indonesia, MNLF dan lain-lain pernah berkunjung dan berbincang dengan
para pemimpin PAS di Taman Melewar.
Walaupun sangat sederhana,
tetapi Taman Melewar menjadi simbol sebuah kebangkitan gerakan Islam di
tanah air. Dari itu jangan lupakan Taman Melewar dengan segala
sejarahnya.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment