Home » » Hasil kerjasama Pakatan ,PAS dengan Dap di Pulau Pinang ?

Hasil kerjasama Pakatan ,PAS dengan Dap di Pulau Pinang ?

Oleh ZULHAZMI SHARIFF

Dato' Mursyidul Am berkata "kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat bukan janji tetapi sekadar kerjasama politik untuk mencapai kebaikan (tahaluf siyasi ta'awun lil-maslahah). Jika tahaluf atau kerjasama itu tidak memberikan sebarang kebaikan malah lebih memberikan kemudharatan, faham-faham saja lah....."

Tahaluf yang diputuskan ialah sebagai wasilah untuk memastikan nilai, dasar dan hukum Islam ditegakkan demi keredaan Allah. Kalau ada maslahah (kebaikan) kita pakai, jika berlakunya mafsadah (keburukan) kita tinggal.

Aku cuma nak tanya :

1) Siapa yang menentukan kebaikan dan keburukan?

2) Kebaikan dan keburukan itu berkaitan apa?

PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR. Hasil kerjasama itu, PAS yang mempunyai 1 kerusi di Pulau Pinang mempunyai pelbagai kuasa. PAS memegang Lembaga Zakat, boleh berkuasa di Majlis Agama Islam, boleh menguasai Masjid-masjid dan surau-surau di Pulau Pinang, boleh berkuliah, berdakwah dengan selesa di Pulau Pinang. Bukan sahaja jawatan malah mendapat gaji, elaun dan faedah-faedah kewangan. DAP di Pulau Pinang tidak pernah mengekang Islam yang dibawa oleh PAS.

Apa keburukan yang diperolehi oleh PAS di Pulau Pinang?

PAS menjadi sebahagian anggota pentadbiran dalam Kerajaan Negeri Selangor. Ada Adun PAS dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri. Dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran, memegang jawatan eksekutif di dalam GLC, menguasai surau dan masjid sehingga boleh mengharamkan sesama sendiri.

Muktamar Tahun Pemuda, Muslimat dan PAS Pusat boleh dijalankan di SUK, di Stadium milik Majlis Perbandaran. Bolehkah PAS perolehi jika tidak bersama Pakatan Rakyat?

Apa keburukan yang PAS alami di Selangor berbanding kebaikan dan faedah yang banyak?
Keburukan yang diungkit dan dijaja bila DAP membantah Hudud sedangkan jika DAP tidak bantah pun belum tentu PAS boleh laksana.

DAP tidak pernah membantah Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS tetapi adakah konsep Negara Berkebajikan itu dilaksanakan oleh PAS di Kelantan yang 100% di bawah PAS?

Berpijaklah di bumi yang nyata. Jangan meletakkan diri di kayangan. Sedar diri, muhasabah diri. Jangan bongkak.

Bercakap gunalah akal yang Allah beri bukan hanya menggunakan otak kerana binatang juga ada otak tetapi tiada akal.

Keburukan yang kita rasa kita perolehi bersama Pakatan adalah ciptaan kita sendiri bukan kerana tindakan kawan. Kita yang tidak mengisi kemenangan yang kita perolehi sebaliknya meletakkan kesalahan kepada kawan.

ZULHAZMI SHARIFF
04062015

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.