Home » » Segalanya sudah tamat, selamat jalan PAS.

Segalanya sudah tamat, selamat jalan PAS.

Oleh VETERAN PAS 

Seperti sudah dijangka. Tepat sekali. Semua yang dilihat tidak bersama Presiden PAS dan bukan dari

geng ulamak kalah d alam pemilihan Pemuda dan Muslimat. Hebat sekali. Semua atas rakit ulamak menang tanpa kecuali. Tahniah.

Pertandingan hari ini tidak sukar untuk diramal. Mat Sabu juga akan kalah teruk. Begitu juga naib_naib presiden yang tidak ada dalam senarai ulamak. Terlungkup habis.

 Ini adalah zaman PAS baru. PAS yang hebat dan tidak boleh dibuli lagi, apabila Pemudanya berketuakan Nik Abduh Nik Aziz.

Pakatan Rakyat hanya akan tinggal kenangan. Ulamak sudah buat usul putus hubungan dengan DAP dan diterima sebulat suara. Bila ulamak bersuara, siapa Boleh bantah. Mursyidul Am, Dr Haron Din sudah lama mengidam hal itu.

Tidak ada apa lagi yang boleh dibuat. Perwakilan pun sudah tidak sabar_sabar lagi nak sembelih geng jebon. Biar tinggal pewalak dan pimpinan suci dalam PAS, yang akan bersama tenggelam timbul bersama presiden.

Selamat tinggal PAS. Perwakilan telah membuat pilihan seperti dirancang sejak lebih setahun lalu.
Selamat jalan PAS. Jagalah baik-baik Parti Islam ini. Anda menuai benih yang ,ditabur.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

Follow by Email

.