Home » » Jangan gopoh cari jalan keluar

Jangan gopoh cari jalan keluar

Oleh Fathi Aris Omar

Kaum "progresif" dalam PAS, seperti di mana-mana juga, hanya boleh hidup dan berjaya dalam
persekitaran yang progresif.

Tetapi jika mereka gagal mengembangkan persekitaran itu dan gagal pula menduga arus lawan yang sedang bergerak senyap-senyap, maka jadilah seperti keputusan muktamar PAS minggu lalu.
Saya faham ramai penyokong, ahli dan pemimpin PAS yang pro-Pakatan Rakyat kecewa dengan kecenderungan di muktamar itu.

Saya faham mereka resah dan marah tetapi tidak perlulah gelojoh dan tergopoh-gapah seolah-olah PAS tidak lagi memberi ruang buat mereka.

Hanya dua tahun lalu, mereka masih menguasai parti. Malah, sudah banyak tahun mereka cuba membina imej dan membangunkan gerak kerja parti yang "sedikit" inclusive, terbuka dan "kurang" ortodoks.

Kegelojohan bertindak, tanpa analisis jernih dan tenang, tidak akan menguntungkan sesiapa. Tidak menguntungkan PAS, kumpulan "progresif", orang Melayu dan malah Pakatan Rakyat.

Janganlah kerana kecewa, resah dan marah, kita bertindak seperti jegela Melayu.
Tenang, fikir dan jangan melatah! Khususnya yang kanan, berpengalaman atau dikenali umum, berhenti berlagak seperti jegela Melayu.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.