Home » » Kenalkah Abu Nawas

Kenalkah Abu Nawas

Oleh Mohd Sayuti Omar

Dalam hikayat 10001 malam ada kisah Abu Nawas. Mungkin budak2 sekarang ni tak kenal dengan Abu Nawas. Nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Hasan bin Hani al-Hakami. Dia seorang pujangga Arab yang sangat humour, lucu. Kata-kata dan dan sindirannya sungguh lelocon tetapi tajam dan boleh menyedarkan mereka yang cekap mentafsir kisah atau kata-katanya.

Ceirta Abu Nawas ini sangat digemari oleh mereka yang belajar di Timur Tengah, sebab legenda Abu Nawas itu berasal di sana. Oleh kerana itulah mereka yang belajar di Arab terbawa2 dengan kisah Abu Nawas ini.

Apabila mengingati kisah2 lucu Abu Nawas apabila berdepanan dengan Raja, atau memberi sindiran kepada raja, maka teringat saya akan apa yang berlaku dalam parti Pas, khasnya dalam muktamar di Kuala Selangor. Mengenai macam mana "Abu Nawasnya" Pas berhubungan dengan satu tindakannya.

Pas telah menerima usul daripada Dewan Ulama dan Tumpat agar memutuskan hubungan dengan DAP. Usul itu tidak diterima untuk dibahaskan walaupun ada yang mendesaknya.
Dijawab oleh pimpinan "ayam raga" dalam Pas, usul itu belum dimuktamadkan lagi sebab ia diserahkan kepada Dewan Syura dan jawatan kuasa kerja Pas. Jawatan itu benar2 "Abu Nawas".

Kerana ia telah diterima, tetapi belum muktamad. Bila minta dibahas tidak perlu kerana ia sensitif.
Mungkin mereka yang belajar di Arab arif dengan kisah Abu Nawas, kejadian itu tak rasa pelik.

Tetapi mereka yang tidak arif dengan Abu Nawas yang berfikiran secara wastern, gila mengenangkan apa yang berlaku dalam muktamar Pas berhubung usul berkenaan.

Makanya disarankan lain kali Pas harus edar kitab Abu Nawas kepada ahlinya biar mereka faham fiil dan perangai atau pun politik Abu Nawas agar tidak ada ahli yang bingung bila berdepan dengan kejadian2 "Abu Nawas" seperti usul yang dibawa oleh ulama tetapi tidak muktamad itu. Wassalam. Mso.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.