Home » » Perpecahan parti tidak lagi diendahkan .....

Perpecahan parti tidak lagi diendahkan .....

Oleh Faiz fadzil

Saya turut mengalirkan airmata semalam sesudah pemimpin terakhir yang disingkirkan hj mat sabu memberikan ucapan penggulungan..sebelum itu mazlan, hanipa, dr hatta, mahfuz dan salahuddin

Kesedihan mereka saya kongsi bersama kerna kenangkan nasib pas selepas ini yang dibarisi pimpinan yang tidak berwawasankan kebajikan rakyat, gagal melihat kepada penyatuan rakyat pelbagai kaum sebagai teras pembentukan malaysia yang berjaya dan makmur, tidak menjadikan agenda menjatuhkn kerajaan korup umno bn sebagai asas perjuangan dan berfahaman konsep islam yang sempit untuk mengangkat kepimpinan

Pemilihan kepimpinan yang diatur secara chai, fitnah dan label menjadi bahan kempen dan perpecahan party tidak lagi diendahkan

Kini selepas agenda penyingkiran berjaya, kita mendengar suara-suara dusta yang mengajak kepada penyatuan, pujukan bahawa fitnah adalah ujian kempen dan u-turn drpd melabel pemimpin sekular kepada menjadikan dap sebagai kambing hitam dalam isu politik pemilihan hudud

Maka telah saya agak kesemua dusta ini dan telah saya ungkapkan masa depan pas dalam pantun kesimpulan ucapan perbahasan saya dalam muktamar pas pada 5/6/2015..yg pntg perjuangan islam yang syumul bukan islam pas yg jumud dan tidak istiqamah untuk kemenangan..suara peyatuan umno pula bergema kembali:

GELAGAT PEMIMPIN UMNO UMPAMA QARUN
HARTANYA BERTIMBUN TIDAK BERTEMPAT
USAH BICARA PENYATUAN PERJUANGAN
JIKA ASPIRASI RAKYAT GAGAL DIANGKAT
~Faiz fadzil~7 Jun 2015

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.