Oleh Abd Shukur Harun
Selepas
dikalahkan dengan cara paling hina di muktamar PAS baru-baru ini,
golongan progresif dan s
ederhana dalam parti itu merancang menubuhkan
sebuah parti baharu lepas Hari Raya Aidilfitri sebagai memenuhi harapan
baharu rakyat Malaysia.
Penubuhan
parti ini juga untuk meneruskan legasi perjuangan Allahyaram Datuk
Fadzil Mohd Noor dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang
sangat terbuka dan demokratik.
Kumpulan ini mulanya bernama Kumpulan 18 (G18) kini dinamakan “Kumpulan Harapan Baharu” kerana jumlahnya bertambah.
Ia memang berhak mendakwa sebagai pewaris perjuangan kedua-dua tokoh yang amat disayangi majoriti rakyat Malaysia itu.
Ini kerana, golongan progresif ini sangat serasi dengan metodologi
perjuangan dua tokoh tersebut iaitu menjadikan PAS parti yang inklusif,
tidak jumud dan ekstrem, menyebabkan PAS diterima pelbagai kaum dan
agama, meskipun ia tetap memperjuangkan Islam.
Atas inisiatif mereka dan disokong oleh pelbagai badan bukan kerajaan
(NGO) serta masyarakat sivil, mereka merancang menubuhkan parti baharu,
di mana buat sementara ini dipanggil G18 – mengambil sempena 18 tokoh
yang dikalahkan itu. Nama rasmi parti baharu itu akan diumumkan sempena
pelancarannya beberapa minggu lagi.
Kini perancang parti baharu ini sedang giat mengadakan perbincangan
demi perancangan ke arah penubuhannya yang dilihat sangat
dinanti-nantikan oleh majoriti rakyat.
Namun pada awal-awal lagi sesetengah pemimpin PAS yang ada sekarang
begitu segera memperkecilkan penubuhan parti baharu itu. Ada yang
mengatakan, kononnya parti serpihan PAS itu tidak akan panjang umur
dengan mengambil contoh parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia
(Berjasa) dan Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) dulu.
Ada juga pemimpin PAS memperkecilkan tokoh progresif itu sebagai daun
yang gugur selepas pohonnya digegarkan ribut. Golongan profesional ini
dianggap daun gugur yang langsung tidak ada nilai, sedangkan pohonnya,
kononnya, tetap teguh.
Ada yang juga yang berkata tindakan menubuhkan parti baharu itu hanya
akan menguntungkan musuh, Lebih jauh, ada pula ustaz muda tokoh segera
PAS yang dengan segera hendak mengajar kumpulan sederhana ini supaya
melihat sejarah gemilang PAS selama ini.
Saya kira pandangan negatif pimpinan PAS terhadap parti baharu ini
perlu dijawab untuk memberitahu tahap tidak matangnya mereka dalam
politik.
Pertama, parti baharu ini tidak akan menjadi Hamim dan Berjasa, kerana
situasinya berbeza, keadaan mencetuskan parti baharu ini berbeza,
sambutan rakyat juga berbeza dan persepsi umumnya berbeza di zaman
penubuhan Berjasa dan Hamim dengan keadaan yang ada sekarang.
Daripada kajian awal yang diperoleh – terutamanya di bandar dan semi
bandar – rakyat pelbagai golongan sedang menantikan penubuhan parti
baharu ini.
Hamim dan Berjasa adalah proUmno, sementara parti baharu ini menentang Umno/BN.
Hamim dan Berjasa hanya mendominasi kawasan Melayu, khususnya di
Kelantan dan Terengganu, sedikit di pantai barat Semenanjung, sementara
parti baharu bersifat nasional, seluruh Malaysia.
Parti baharu ini diyakini akan disertai pelbagai golongan rakyat yang
sedar – terutama masyarakat sivil dan generasi baharu – yang dilihat
sedang menantikan penubuhan parti baharu ini, Ini gelombang besar yang
akan mengejutkan pemimpin PAS sendiri nanti.
Dengan kehadiran media baharu, perkembangan politik baharu ini mudah
tersebar luas. Dari itu, menyamakan parti baharu dengan Hamim dan
Berjasa tidak munsabah, malah ketinggalan zaman.
Kelemahan pemimpin PAS sekarang ialah mereka tidak memahami
perkembangan politik terkini, kerana tenggelam dengan emosi dan
prejudis, hanya berbangga dengan lutut dan siku bukan fakta dan ilmu.
Kedua, golongan progresif ini bukan daun yang gugur dan terbuang akibat
ribut. Golongan ini masih gemilang dan terbilang. Mereka tetap berharga
di kaca mata masyarakat yang sedar, bukan golongan yang jumud dan
ekstrem.
Malah, tidak mustahil pula ribut besar yang melanda PAS boleh
menumbangkan batang tubuh PAS itu sendiri kerana masyarakat melihat PAS
kini sedang melakukan “reverse gear” yang amat menghairankan. Akhirnya
ia kembali menjadi parti politik Pantai Timur.
Ketiga, Penubuhan parti baharu ini tidak menguntungkan musuh, malah
menggerunkan mereka. Ini kerana ia sebuah harapan baharu dan kekuatan
baharu yang didukung oleh majoriti rakyat.
Berbanding dengan krisis yang dialami PAS memang jelas menguntungkan
musuh dipandang dari sudut apa pun kerana ia memecahkan Pakatan Rakyat.
Keempat, adapun ustaz muda yang menjadi tokoh segera PAS yang segera
hendak mengajar kumpulan sederhana ini supaya melihat sejarah gemilang
PAS selama ini perlulah mereka mencerminkan diri sendiri lebih dulu.
Pada ketika mereka masih belajar di Timur Tengah, tokoh veteran G18 ini
sudah pun berjuang dalam PAS dengan keringat dan air mata mereka.
Merekalah yang mengukir sejarah kegemilangan PAS selama ini menerusi
kepimpinan Fadzil dan Nik Aziz.
Tokoh inilah yang berjuang di dalam PAS hasil inspirasi pendedahan
perjuangan Ikhwanul-Muslimin, Jamaat e-Islami Pakistan, Jamaah An-Nur,
Turki, pembacaan buku dan pertemuan dengan tokoh gerakan Islam rantau
ini dan antarabangsa.
Oleh itu jangan ada sesiapa dengan penuh angkuh cuba menafikan keunggulan tokoh PAS ini.
Di sini mari kita renung dengan pemikiran jernih penubuhan parti baharu
ini sebagai harapan baharu masa depan rakyat Malaysia di mana ia akan
menyertai gabungan parti pembangkang yang ada sekarang.
Saya tetarik dengan pemikiran terbuka, pemimpin parti baharu ini, Dr
Dzulkefly Ahmad berkata, kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan
itu menjadi “rahmat yang tersembunyi” apabila ia membuka ruang membina
sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini.
Beliau yang menjadi setiausaha jawatankuasa bertindak G18 itu berkata
penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan
inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.
Parti baharu ini akan menggabungkan semua masyarakat sivil di negara
ini terutama badan NGO Islam bagi membentuk satu wadah baharu politik
Malaysia berteraskan Islam yang lebih progresif berbanding parti lama
mereka.
Beliau yakin wadah ini akan lebih diterima masyarakat Malaysia kerana
sifatnya yang inklusif dalam sebuah negara berbilang agama dan bangsa
ini.
Selain akan bergabung dengan PKR dan DAP, wadah baharu itu akan
menghimpun semua NGO Islam di Malaysia yang mempunyai cita-cita sama.-M/Inisder
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment