Home » » Pemilihan Pemuda : Inilah pandangan saya

Pemilihan Pemuda : Inilah pandangan saya

Oleh Muhamad Azan Safar 

Saya tidak minta untuk orang bersetuju dengan saya tapi inilah pandangan saya.
Disamping kita melihat kepada kompetensi yang ada kepada calon Timbalan dan Naib Ketua Pemuda untuk mengisi dua jawatan tersebut, ada 2 sisi lain yang bagi saya kita tak harus untuk ketepikan.

Pertamanya ialah variasi dalam kepimpinan tertinggi Pemuda Pas. Cabaran mengurus masyarakat dan negara yang semakin berkembang ini memerlukan kolabrasi idea yang mapan dari pelbagai sudut pandang yang berbeza. Dr Raja dan Haji Khairil mempunyai latar belakang profesional manakala Ustaz Khalil dan Ustaz Norazman punyai ketokohan terserlah dalam jurusan agama. Justeru, untuk mencipta variasi, gandingan yang baik adalah gandingan seorang ustaz dan seorang profesional secara ringkasnya.

Kedua, sisi yang harus dipandang ialah pakej pasukan atau dalam bahasa mudah keserasian. Perkara ini kita tidak pernah besarkan dalam menentukan kepimpinan sebelum ini kerana budaya dalam Jemaah Islam yang meletakkan kepercayaan kepada sesiapa sahaja yang memimpin.

Namun, trend yang berlaku dalam kepimpinan parti mutakhir ini tidak seperti yang kita harapkan.

Pengamatan saya sebagai Exco Pemuda sesi ini sendiri, perbezaan cara mengurus parti untuk ke hadapan yang terlalu ketara di antara Ketua Pemuda dan Timbalan serta Naib, menjadikan agenda dalam Pemuda Pas sentiasa tidak bertemu jalan sepakat. Saya kira ini adalah perkara yang merugikan jemaah dan parti.

Justeru, saya ingin mengusulkan supaya Timbalan dan Naib yang dipilih oleh para perwakilan sewajarnya mempunyai pakej yang sama dengan idealisme Ketua Pemuda yang akan dipilih samada beliau adalah Suhaizan mahupun Ustaz Nik Abduh. Barulah KP yang dilantik akan mendapat dokongan kuat untuk agenda yang diketengahkannya.

Maka di atas premis saya sebelum ini yang telah menyatakan sokongan kepada Suhaizan sebagai seorang aktivis untuk kekal sebagai peneraju Pemuda Pas sesi akan datang, maka suka untuk saya menyatakan sokongan saya kepada Dr Raja Iskandar Al Hiss dan Ustaz Norazman sebagai Timbalan dan Naib selepas mengambil kira variasi dan pakej berpasukan yang baik untuk membawa agenda Pemuda Pas kehadapan.

Sungguh ini adalah pilihan yang berat kerana hubungan baik saya yang sedia terjalin dengan Ust Khalil dan Haji Khairil. Sungguh hormat saya tidak berubah kepada mereka namun saya memohon berbeza pandangan dalam hal ini. Izinkan saya.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.