Home » » Pas after Jun sangat ditungu-tunggu ....

Pas after Jun sangat ditungu-tunggu ....

Oleh Mohd Sayuti Omar

Pemerhati sedang memerhati apakah yang berlaku kepada Pas selpas muktamar nanti. Pas after Jun sangat ditungu-tunggu.

Ini kerana umum mengira perlawanan merebut jawatan yang akan berlangsung tulat sangat penting dan bakal menentukan hala tuju Pas.

Apakah Pas akan memperluaskan sempadan geografi politiknya menjadi sebuah parti profesional memenuhi kehendak semasa menjelang PRU -14, ataupun Pas akan kekal statik dalam mukim kehidupannya sendiri menjadi sebuah badan siasah yang hidup segan mati tidak mahu seperti tahun 60an - 80an khususnya di pantai barat? 

Tidak ada siapa boleh mengajar Pas melainkan para perwakilannya.

Elemen rasuah, bujukan, bodek atau penghukuman tidak menyihatkan parti itu. Jika perwakilan terkena sindrom itu maka Pas akan rosak.


Saya hanya menyimpulkan begini kalau majoriti perwakilan Pas memahami apa itu politik, realiti sebuah organ massa, Pas ada harapan untuk bergerak selari dengan parti politik lain bahkan menjadi pemacu politik negara.


 Tetapi kalau perwakilan terkunci dengan kata berbisa yang retorik, terpengaruh dengan ilusi dogma agama, bersikap Badwi... maka Pas akan berada ditakak lama. Terserah. Wassalam Mso.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.