Home » » Rasional kenapa perlu tubuh parti baru

Rasional kenapa perlu tubuh parti baru

Oleh Hasrizal Abdul Jamil 


Cadangan penubuhan parti baru tempoh hari sudah lama saya bualkan dengan rakan-rakan yang tertekan dengan perkembangan mutakhir PAS. Mereka mengajak saya bersembang tentang masa depan PAS, mungkin ingin mencari sisi-sisi pandang lain.

Apabila anak muda mencaci saya dengan andaian siapa saya, saya ini tidak berparti, memandai-mandai, khianat dan pelbagai cercaan lain, saya pulangkan semuanya kepada Allah. Tidak perlu rasanya saya jelaskan apa pengalaman saya dalam PAS.

Alangkan Ketua Pemuda pun dicaci dihina, apalah sangat justifikasi who is who saya yang tidak seberapa. Cukuplah saya katakan, ramai pimpinan-pimpinan yang terpilih dalam Muktamar itu kenal saya.

Cadangan parti baru ini jangan disamakan dengan kemunculan parti-parti sebelum ini bahawa ia muncul kerana kecewa dan dek kekecewaan itu, parti berkenaan akhirnya lenyap dan hilang.
Sekurang-kurangnya bukan itu yang saya rasa. Sebab saya tiada jawatan dan tiada apa-apa kepentingan.

Sebaliknya saya berpandangan PAS tidak pernah berada di mana PAS berada hari ini. Masalah dalaman PAS bukan lagi berkisar tentang isu dan individu.

Sebaliknya perpecahan cara berfikir, budaya kerja dan diburukkan oleh kejatuhan Akhlaq yang menakutkan. Semua itu ramuan self destructive.

Suasana ini menyebabkan mereka yg lain cara berfikir hampir mustahil untuk bekerja di dalam PAS.

KP yang lalu pun terperangkap dan hampir tidak dapat berbuat apa-apa kerana persekitaran yang mendera.

Saya sendiri disenarai hitam oleh parti saya sendiri. Ahli jemaah takut-takut hendak bercakap dengan saya. Sesuatu yg hampir tidak pernah dibuat oleh parti lawan kepada lawannya. Itu saya yang tiada apa-apa.

Bagaimana pula dengan pimpinan yang siang malam berjuang itu?

Maka, pemimpin PAS yang tersingkir itu pada masa ini hendak buat apa? Buang masa? Berkumpul mengenang nostalgia silam?

Masa berjalan. Rakyat penuh harapan. Dan jika barisan pimpinan PAS yang baru ini boleh buat sesuatu sekali pun, mampukah mereka memulih pandangan rakyat kepada PAS?

Menubuhkan parti baru tidak semestinya bermusuh dengan PAS. Kalau PAS memilih untuk bermusuh dengan parti baru, itu di luar kawalan sesiapa.

Sebaliknya parti baru memberi peluang kepada rakyat memilih.

1 comments:

  1. 200% Saya setuju dan Saya yang duk dlm pas lebih 30tahun akan bersama parti yg baru andainya ada dan sementara ni beruzlah dulu

    ReplyDelete

My Blog List

Blog Archive

.