Home » » Segala-galanya dah berakhir.....

Segala-galanya dah berakhir.....

Oleh Lim Hong Siang


Segala-galanya dah berakhir. Selama ini geng "Erdogan" sentiasa berhati-hati, nak jaga perasaan ulamak, akur bahawa politik Melayu di Malaysia memerlukan gabungan ulamak, aktivis dan profesional. Mereka tidak pernah menganjurkan "bersihkan parti dari ulamak", sungguhpun ada desakan sedemikian daripada orang yang tidak tahan dengan puak yang jumud itu (sesetengah orang yang menggelar dirinya ulamak).

Maka kita reda. Janganlah sampai orang yang berbeza pandangan dengan kita, kita nak singkirkan sehabis-habisnya. Kita faham kebimbangan mereka, dan kita hormat keperluan mereka. Jadi tak apa, kita maju ke depan selangkah demi selangkah. Biar perubahan datang lambat, tapi janji kita ke depan bersama. Tiada yang tertinggal.

Keputusan muktamar semalam terang lagi bersuluh. Yang hitam lagi gelap adalah masa depan orang yang cuba membawa perubahan dalam PAS, yang selama ini berusaha gigih memujuk dan meyakinkan orang yang benci PAS, tetapi mengidamkan perubahan - agar terus sabar dengan PAS.
Tapi perwakilan sanggup "hukum" mereka sedemikian rupa.

Perwakilan anggap dengan saf pimpinan yang dipilih semalam, PAS boleh berdiri teguh - menang kerusi, perintah di negeri, dapat jawatan EXCO dan dalam syarikat GLC.

Bila ditegur, tidak, kita nak menang di akhirat.
Tak apalah. Biar kita tunggu dan lihat apa selepas ni. Selamat tinggal!

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.