Home » » Tahniah Kepada Ust Nik Abduh Dan Ustazah Nuridah

Tahniah Kepada Ust Nik Abduh Dan Ustazah Nuridah

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Tahniah atas kemenangan dan terpilihnya Ustaz Nik Abduh dan Ustazah Nuridah sebagai Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat Parti Islam Semalaysia.

2) Semoga dengan amanah yang diterima ini, kalian mampu menggalasnya dan memacu PAS mejadi parti yang dominan dalam negara, dan di redhai oleh Allah.

3) Kepada Suhaizan Kayat dan Ustazah Siti Zailah, kalian telah berjaya menjalankan tugas dengan baik sepanjang tempoh lantikan sebelum ini.

4) Tentunya orang paling gembira adalah Tok Usin Ceroi, melihat kepada tumbangnya Suhaizan dan trio pimpinan tertinggi Muslimat, kerana propaganda dan serangan sarafnya Berjaya membuatkan para perwakilan tidak lagi menilai kemampuan individu.

5) Para perwakilan takut dengan jebonisasi yang direka oleh Tok Usin Ceroi. Pada hemat saya, tanpa jebonisasi yang melampau, Suhaizan tidak akan berjaya mempertahankan jawatannya juga kali ini.

6) Mungkin Ustazah Siti Zailah mampu pertahankan kerusinya, manakala dua lagi pembantunya 50-50. Tetapi arus propaganda team TUC sangat powerful walaupun dunia luar tidak Nampak serangan TUC. Target propaganda TUC adalah para perwakilan.

7) Nyata TUC berjaya dan saya boleh iktiraf TUC sebagai Cybertrooper yang legend.

8 ) Alangkah bagusnya jika TUC gunakan kehebatannya untuk mengucar-kacirkan Umno. Alangkah bagusnya jika saraf TUC itu diguna untuk memperkukuh PR. Alangkah bagusnya jika kehebatan TUC diguna untuk saraf rakyat supaya menyokong PAS dalam PRU.

9) Tapi sayang, TUC hanya mampu saraf geng sendiri, ahli Jemaah sendiri. Jemaah menjadi kucar-kacir akibat saraf anti-jebonnya. Tidak sedikit hati yang terluka, tidak kurang ahli Jemaah berburuk sangka sesame sendiri.

10) Jesteru itu, tugas Ustaz Nik Abduh sangat berat, bukan sahaja untuk menguatkan jentera dan menyatukan kembali saf Pemuda PAS, bahkan terpaksa mencuci sisa-sisa onar yang ditinggalkan TUC.
Sekian.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive