Oleh Subky Latif
KEKOSONGAN
kerusi Mursyidul Am PAS atas kematian TG Nik Abdul Aziz sebulan lalu
telah diisi oleh Datuk Dr. Haron Din dan Timbalan Mursyidul Am pula
bagi menggantikan Dr. Haron Din dipenuh oleh Datuk Ahmad Yaakub,
Menteri Besar Kelantan.
Tahniah kepada kedua-dua tokoh pimpinan ulama itu.
Dengan
perkembangan itu, maka tertutup ruang jawatan utama dalam Majlis Syura
Ulama itu untuk diisi dengan TG Haji Abdul Awang, yang disebut-sebut
sebelumnya sebagai kompromi bagi mengosongkan jawatan Presiden.
Memang
ia satu jalan keluar yang mudah bagi meredakan gelombang yang mahukan
jawatan Presiden itu diganti oleh seorang yang lain.
Tetapi
Majlis Syura yang terdiri daripada 15 orang itu membuat keputusan
mengisi Mursyidul Am itu dengan anggotanya yang paling kanan, Dr. Haron
Din yang menjadi Timbalan kepada TG Nik Aziz selama ini.
Maka
sekarang perkembangan menjadikan TG Haji Hadi akan mempertahankan
jawatan Presiden kiranya PAS mahu beliau terus berada dalam pimpinan
PAS.
TG Haji Hadi tidak wajar menjawat jawatan yang lebih rendah daripada Presiden yang disandangnya sejak awal tahun 1990-an.
Dengan
kedudukan yang ada, jika ada yang bercadang Presiden mesti dicabar,
maka kita akan melihat jawatan Presiden itu akan dipertandingkan, suatu
yang hendak dilihat sangat oleh pengamat politik tanah air.
Dari
kalangan PAS yang ghairah jawatan Presiden itu ditanding, tidak sekadar
kekurangan yang dikatakan pada TG Haji Hadi tetapi lebih kepada usaha
memecahkan keadaan yang menetapkan Presiden dan Timbalan Presiden
disandang oleh ulama.
Satu pemikiran dalam PAS mengira
antara isi kepimpinan ulama itu hendaklah Presiden dan Timbalannya
terdiri dari ulama, kerana sejak Majlis Syura diwujud kedua-dua
penyandangnya menjadi anggota Majlis Syura. Majlis Syura hanya
dianggotai oleh ulama saja. Jika Presiden dan Timbalan tidak ulama, maka
mereka tidak sesuai duduk dalam Majlis Syura.
Satu
pemikiran lagi mengira kepimpinan ulama itu memadai dengan kewujudan
Majlis Syura dengan fungsinya seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan.
Sejak
Mohamad Sabu menjadi Timbalan Presiden sepenggal lalu, justeru beliau
tidak masuk dalam Majlis Syura, maka antara empat ahli Majlis Syura dari
kalangan ahli Jawatankuasa PAS diisi oleh orang lain dan ia tidak
dikira telah mencacat Majlis Syura dan mengurangkan peranan
Jawatankuasa PAS. Maka ia membuktikan tidak ada kurangnya PAS jika
Presiden dan Timbalan Presiden tidak ada dalam Majlis Syura.
Atas
kepercayaan itu maka perlu dicuba, Presiden dan Timbalan Presiden bukan
ulama. Inilah masa yang terbuka, peluang bagi membebaskan PAS tidak
terbelenggu dengan pandangan Presiden dan Timbalan mesti ulama.
Pemikiran
itu mula tercetus selepas kematian Ustaz Fadzil Noor, tetapi ia tidak
ketara dan tidak jadi isu. Tetapi ia amat ketara dan jadi isu sekarang
bahawa kepimpinan ulama itu memadai dengan kewujudan Majlis Syura itu.
Mungkin
yang menjadikan ia isu justeru tidak muncul dalam masa akhir-akhir
ulama yang menonjol setara dengan penonjolan ulama seperti Haji Yusof
Rawa, Ustaz Fadzil, TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi sebaik saja konsep
kepimpinan ulama itu diperkenalkan tahun 1982 dulu.
Apabila
Ustaz Hadi tiada pilihan melainkan mempertahankan jawatannya, maka
mencalon bukan ulama bagi mencabar Ustaz Hadi tidak dikira menggalakkan.
Maka ulama mana yang sedia bertanding dengan TG Haji Hadi atau siapa
orang profesional yang hendak dicalonkan?
Kita sama-sama tunggu.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment