Langkah PAS Kawasan Kota Bharu mencalonkan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden PAS mencabar Abdul Hadi Awang merupakan satu usul yang wajar bagi menyelesaikan krisis dalaman parti itu.
Meski pun Tuan Ibrahim menolak pencalonan namun semangat mencalonkan selain Hadi adalah bukti kukuh akar umbi PAS mahukan perubahan. Sekali gus menolak politik yang sering dipropagandakan oleh puak Unity Government (UG) dalam parti itu bahawa Hadi tidak boleh dilawan.
Pendapat seumpama itu bukanlah dari ajaran Islam. Agama Islam tidak
pernah melarang ketua diganti apabila didapati uzur atau lemah dalam
kepimpinan.
Alasan menggantikan Hadi berasas. Seperti kata Ketua PAS Kota Bharu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bahawa faktor kesihatan membolehkan Hadi digantikan dengan seseorang yang lebih cergas dan muda. Hadi pernah dimasukkan ke hospital sewaktu melawat Turki tahun lalu dan sekembalinya ke Malaysia, dimasukkan pula ke IJN.
Alasan lain tentunya lebih banyak. Namun tidak perlu untuk diketengahkan. Hadi dalam tempoh keuzurannya agak kurang sesuai memimpin parti yang sedang bergolak dan perlukan lebih tumpuan untuk menanganinya.
PAS
wajib diberi nafas baharu. Sama ada melantik presiden baharu atau
presiden sedia ada mengubah hala tuju politiknya.- :
http://bm.theantdaily.com
Alasan menggantikan Hadi berasas. Seperti kata Ketua PAS Kota Bharu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bahawa faktor kesihatan membolehkan Hadi digantikan dengan seseorang yang lebih cergas dan muda. Hadi pernah dimasukkan ke hospital sewaktu melawat Turki tahun lalu dan sekembalinya ke Malaysia, dimasukkan pula ke IJN.
Alasan lain tentunya lebih banyak. Namun tidak perlu untuk diketengahkan. Hadi dalam tempoh keuzurannya agak kurang sesuai memimpin parti yang sedang bergolak dan perlukan lebih tumpuan untuk menanganinya.
Gagal bendung perpecahan
PAS yang sederhana pada era Fadzil Noor berubah ke arah ekstrem pada
zaman Hadi. Pemikir seperti Dr Zuhdi beberapa kali pernah melontarkan
idea agar PAS berpecah dua antara golongan pro Pakatan Rakyat dan pro
ulama. Anehnya Hadi tidak menegur keceluparan Zuhdi yang membelakangkan
keputusan muktamar itu.
Hadi juga kelihatan gagal mengawal ahli-ahli parlimen PAS seperti Nik Abduh dan Nasruddin Tantawi daripada mengecam DAP atau PKR. Dalam sesetengah kes Hadi juga hilang arah apabila menentang idea pilihan raya kerajaan tempatan yang dicadangkan DAP dengan hujah perkauman, kononnya akan mencetuskan rusuhan kaum ala 13 Mei 1969. Apabila berlaku insiden kereta Dr Hatta dibakar dan Dr Dzulkifly ditumbuk, Hadi juga berdiam diri.
Maka cara paling baik untuk mentautkan kembali parti yang berpecah dan hampir meninggalkan PR tentulah dengan melantik seorang ketua baharu. Meski pun Tuan Ibrahim tidak menerima pencalonan, ahli PAS sewajarnya terus berani mencalonkan nama selain Hadi.

Banyak calon lain seperti Husam Musa, Mohammad Sabu, Sallehudin Ayob,
Khalid Samad, Dr Hatta dan sebagainya boleh dinamakan. Sekiranya
kesemua mereka menolak pencalonan, satu mesej yang jelas telah
disampaikan kepada Hadi, bahawa polisi yang diamalkan beliau selama ini
tidak disenangi ahli akar umbi.
Sekiranya Hadi ingin juga kekal menjadi presiden maka beliau perlu
mengubah kebijaksanaan politiknya. Kembali kepada polisi asal yang
mementingkan persekutuan bersama rakan-rakan PR dan mengutamakan
keputusan secara konsensus.
Perpecahan lebih serius
Hadi jangan lagi melihat kedudukannya lebih tinggi daripada pemimpin
PR yang lain sehingga boleh memveto keputusan PKR dan DAP secara
peribadi. Lebih daripada itu, kepercayaan rakyat boleh dijana dengan
kembalinya pendirian presiden PAS ke arah kerjasama mantap dalam PR.PAS
boleh menyiapkan diri bertarung dengan musuh sebenarnya Umno.
Namun sekiranya kepimpinan Hadi diteruskan dengan cara sedia ada, tentulah perpecahan dalaman akan lebih serius. Kumpulan ekstrem yang suatu ketika dahulu boleh lagi duduk semeja bersama puak profesional kini mengeluarkan ketetapan baharu, iaitu lebih baik PAS kecil seperti era 1980an agar ia senang ditadbir.

Mereka ini gemar menggunakan hujah perjuangan PAS mencari reda Allah
semata-mata. Seolah-olah perjuangan parti itu selama ini tidak mendapat
keredaan Allah kerana terlalu berpolitik. Mereka langsung tidak
mengambil pusing pandangan sinis rakyat terhadap PAS.
Arus pemikiran mementingkan kelompok itu perlu dirombak. PAS yang
canggih dan diminati golongan profesional pada zaman Fadzil tidak boleh
dibiarkan mengecut dan hilang ke dalam tanah seperti era Asri Muda.
Tolak ucapan dasar
Sia-sia sahaja perjuangan Nik Aziz mengganti kepimpinan Asri dengan
kepimpinan ulama sejak 1980an lalu. Bagi ahli PAS yang melihat usaha
mencabar presiden suatu tindakan tidak bermaruah, mereka wajar menjengok
seketika sejarah PAS.
Usaha menggantikan presiden PAS tidak semudah Lim Kit Siang memberi
jawatan kepada Lim Guan Eng atau Dr Mahathir memberi jawatan kepada
Abdullah Badawi. PAS menukar ketua parti melalui pergolakan dalaman.
Penukaran Yang Dipertua Agung PAS Asri Muda pada 1982 lalu melalui proses yang mengguris hati. Pemuda PAS mengasingkan Muktamar Pemuda sehari lebih awal. Asri yang kecewa bertindak balas dengan tidak menyampaikan ucapan dasar pada hari pertama muktamar. Beliau hanya berucap pada hari kedua, 23 Oktober 1982.

Sehari sebelum itu, Pemuda telah membawa usul mewujudkan kepimpinan
ulama dan penubuhan Majlis Syura Ulama dalam parti. Pemuda juga
mengusulkan ucapan dasar Yang Dipertua Agung ditolak. Asri meletak
jawatan secara rasmi pada 23 Oktober 1982.
Pada 1986 PAS bergolak lagi apabila presidennya Yusuf Rawa meletak
jawatan selepas Muktamar di Rusila , Terengganu. Sebahagian daripada
ucapan dasar beliau telah ditolak oleh muktamar itu. Beliau menulis
surat meletak jawatan semasa muktamar berlangsung.
Yusuf Rawa enggan berucap sewaktu penggulungan Muktamar. Ucapan dibuat
oleh Ustaz Fadzil Mohd. Noor. Walau bagaimanapun, semua yang meletak
jawatan telah menarik balik surat mereka atas inisiatif Ustaz Fadzil.
Bagaimanapun, Yusuf meletak jawatan buat kali kedua kerana keuzuran pada
1989.
Zaman gemilang PAS
Fadzil Noor kemudian dilantik menjadi presiden yang baharu. Zaman
Fadzil adalah zaman gemilang dan PAS memperkenalkan tahaluf siyasi. Pada
1989 PAS bertahaluf dengan Semangat 46 dan DAP. PAS berjaya menguasai
Kelantan dalam pilihan raya umum 1990.
Pada 1998 PAS bertahaluf dengan PKR dan DAP. PAS menang di Kelantan,
Kedah, Perak dan menjadi komponen penting dalam kerajaan Selangor serta
Pulau Pinang.
Sepanjang tempoh itu juga ahli PAS bertambah lebih sekali ganda. Pada
1998 misalnya keahlian PAS hanya 400,000 namun kini mencecah 1.3 juta.
Tahaluf telah menjinakkan golongan bukan Islam menerima perjuangan PAS
yang suatu ketika dianggap ekstrem.
Kini, keadaan itu cuba diputar balik oleh golongan pemikir dan ustaz
aliran jumud yang mengemudi parti itu. Mereka sengaja menggunakan alasan
hukum Hudud, enggan berkerjasama dengan Cina DAP dan sebagainya untuk
memencilkan PAS kepada jemaah eksklusif ala kumpulan dakwah Tabligh.
Tibalah masanya pemikiran jumud dalam PAS dihentikan. PAS perlu berperanan seperti sebelumnya dalam melawan BN secara agreasif.
Tibalah masanya pemikiran jumud dalam PAS dihentikan. PAS perlu berperanan seperti sebelumnya dalam melawan BN secara agreasif.
Tunjuk perasaan 7 Mac misalnya disertai terlalu sedikit pemimpin PAS.
Tindakan ini merosakkan masa depan parti itu. Apabila rakyat melihat
PAS bukan lagi mainstream yang mewakili pemikiran mereka maka rakyat
tidak akan memberi undi dalam pilihan raya.
Garis politik di Malaysia sejak 1998 amat jelas. Kerajaan anti
perhimpunan aman dan pembangkang menggunakan perhimpunan bagi menguatkan
sokongan ke atas mereka. Jika kepimpinan ulama PAS tidak lagi mahu
terlibat maka PAS akan dicop sebagai penyokong kerajaan BN.
0 comments:
Post a Comment